Lagu Perang Musuh Bisik


"Bumi yang kita pijak ini adalah tanah tumpah darah kita... telah sentiasa kekal sebagai Tanah Air yang tercinta... Ada pun mereka-mereka itu telah mengorbankan diri demi mempertahankannya agar anak cucu Bani Jawi terus kekal di sini... Moga-moga kita adalah waris sebenar mereka-mereka itu... para Hulubalang Bani Jawi"
NOTA : Hasrat blog dihasilkan bertujuan untuk mencari maklumat mengenai para hulubalang Melayu dan dihimpunkan di satu halaman supaya mudah dirujuk oleh anak bangsa. Halaman ini dibina sejak pada tahun 2009. Terima kasih pada mereka yang tidak jemu-jemu menulis mengenai para Hulubalang Bani Jawi yang turut dipetik dan dikongsikan di sini.

Pahlawan Tok Moris

Pahlawan Tok Moris atau Bomoh Idris merupakan salah seorang hulubalang dari bumi Kedah yang diceritakan pernah pergi bersama rakan-rakannya ke Bangkok dalam masa perang Perang Bisik untuk menyelamatkan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Sultan Ahmad Tajuddin II atau Almarhum Melaka ini telah diperdaya oleh tali barut musuh sehingga Tuanku ditangkap oleh angkatan Thai apabila pulang dari persembunyian dari Melaka. Tungku dipenjarakan di Bangkok dan pada masa itu tidak ada sesiapa yang berani pergi menyelamatkan Tuanku kerana takut dengan kehebatan angkatan Thai, tambahan lagi telah ramai angkatan Melayu telah ditangkap dan dipenggal kepala mereka serta dihimpunkan kepala-kepala itu semua di sebuah bukit di Bangkok.

Akhirnya, angkatan Tok Moris dengan hanya seramai 7 orang sahaja telah bergerak ke Bangkok serta membuat serangan hendap yang dasyat terhadap tentera Thai. Satu pertempuran yang sangat hebat dari segi keilmuan berlaku antara kedua-dua pihak. Dengan pakaian ilmu ‘sulam kalimah’ dari angkatan Tok Moris telah dapat menewaskan musuh dan berjaya memecahkan masuk penjara tentera Thai lalu Tuanku Sultan telah diselamatkan. Namun, kehebatan ilmu pahlawan Thai amat sukar dibunuh di bumi mereka sendiri maka pasukan Tok Moris mengheret para pahlawan Thai seramai 40 ke 50 orang ini dengan dicucuk rotan ke telinga tawanan kemudian diikat secara beramai-ramai dan dibawa pulang ke bumi Melayu (kampung Perupok). Di sana mereka ditahan beberapa hari sebelum dibunuh lalu kesemuanya di tanam di Kubur Panjang.

Anugerah Sultan:

Di atas jasa Tok Moris dan rakan-rakannya, mereka telah dianugerahkan Tanah Ampun Kurnia seluas seratus ribu relong. Tanah ini dikatakan luasnya bermula dari Kampung Patani di timur (arah dari Kubur Panjang) hingga ke Kampung Perupok di barat. Dari Mukim Lesong di utara hingga ke Sg Rambai di selatan.

Rakan-rakan Seperjuangan:

Ramai rakan-rakan Tok Moris telah turut serta berjuang bersama beliau dalam pertempuran sejak dari awal tahun 1817 sehinggalah membawa ke perang Musuh Bisik. Nama mereka-meraka ini adalah seperti Tok Imam Ha (Taha), Tok Git Nui (Taib Kecik), Tok Panglima Arshad, Tok Panglima Kecik, Tok Mo Syen, Tok Merah, Tok Kameh dan beberapa ramai lagi yang tidak dapat dipastikan nama atau gelaran mereka.

Senjata-senjata Tok Moris:

Senjata milik Tok Moris ada yang masih disimpan oleh waris pahlawan ini dan salah sorang cicit kepada beliau iaitu Haji Idris dikatakan masih menyimpan sebilah pedang yang berukuran lebih kurang 3 kaki panjangnya. Pedang ini yang boleh digulung menjadikan sebagai tali pinggang dan boleh menegak apabila digunakan sebagai senjata pentempuran. Selain itu masih terdapat dalam simpanan oleh warisnya sebilah keris pakaian Tok Moris.

PENEMUAN 1 :

Pahlawan Tok Moris ini merupakan keturunan dari Raja Ayutthaya iaitu Sharif Shah adik kepada Paduka Bonda (isteri pertama Tengku Muhammad Jiwa III). Sharif Shah dikatakan lari meninggalkan Ayutthaya ketika pihak Burma menyerang dan berhijrah bersama pengikutnya seramai angkatan baginda mengandungi 40 ekor gajah ke negeri Kedah dan membina kubu dan kota dan kemudian dikenali sebagai Kota Mengkuang.

Maklumat dan kisah Tok Moris ini telah diperolehi melalui rujukan di Arkid Negara dan sebahagiannya telah diceritakan oleh sejarahwan Kedah iaitu Almarhum Datuk Ismail Saleh pada tahun 2004 melalui sumber kajian dan temuramah beliau dengan keturunan tersebut. Dalam rombongan kami, sempat kami melawat kawasan tanah Ampun Kurnia dan Masjid Perupok di mana terdapat makam Tok Moris.

Akhirkata :

“Hulubalang Bumi Jawi seperti Tok Moris ini adalah amat penting bagi anak-anak Tanah Jawi. Dewasa ini terdapat beberapa blog sedang membincangkan kewujudan phulubalang sebenar yang mempertahankan Tanah Air, walaupun perbincangan di blog seperti ini masih terdapat pertikaian namun bak kata sejarawan “sejarah itu hidup”. Apapun kita sama-sama teruskan membongkar ketuanan Hulubalang kita dan InsyaAllah di satu hari yang terdekat ini, Hulubalang sebenar Bani Jawi akan menjadi sumber kekuatan semangat dan iktikad anak-anak di Tanah Jawi ini agar bersatu dan cekal mempertahankan yang haq”

Penulis yang mencatat

79 comments:

  1. Sebenarnya tapak tawanan Siam itu dibunuh terletak di pinggir kawasan sawah padi bersempadan kawasan paya ke belakang Balai Polis Kubor Panjang yang lama.(Balai Polis Kubor Panjang yang baru sekarang ada di hadapannya 'Kubur Panjang' yang sememangnya luar biasa panjang.Anda yang berminat boleh kesana untuk membuat kajian atau sekadar melihat.)Jangan terkejut bila anda lihat orang berserban,berkopiah,bertudung berkomunikasi sesama mereka dalam loghat bahasa siam versi tempatan-'bukti hidup' bahawa warga asal kawasan ini dan sekitarnya adalah kesinambungan dari sejarah lama 'Kedah-Siam'

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara kerana telah menceritakan serba sedikit sejarah tok moris.saya rasa inilah laman pertama yang menceritakan dengan lebih terperinci tentang tok moris.cuma yang musykil sikit adakah sharif shah yang saudara sebut adalah orang yang sama dengan Syarif Abu Bakar Syah Yang DiPertuan 1767-1821 sebab adik beliau bernama Puteri Nang Che Puan telah berkahwin dengan Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin dan Nang Che Puan telah menjadi raja perempuan ayuthia.

    ReplyDelete
  3. Semasa Sultan Muhammad Jiwa merantau mencari ilmu agama, Baginda telah berguru dengan Sheikh Abdul Jalil yang merantau bersama ke merata tempat, dari Palembang ke India dan kembali ke Ayutthaya. Sheikh Abdul Jalil juga dipercayai merupakan guru kepada Raja Ayutthaya. Di sinilah Sultan Muhammad Jiwa telah berkahwin dengan Paduka Bonda. Kemudian Baginda telah kembali ke Kedah dan menaiki tahta sebagai sultan dan memerintah negeri sehinggalah ke Ranong, mengikut kisah dari satu pihak.

    Kisah perjalanan ini boleh di rujuk pada tulisan 'Cerita kasih Berguru' di blog http://ponpakya.blogspot.com/2008/06/mencari-panglima-ismail.html

    dan usaha lawatan ke kawasan2 yang terlibat di atas boleh di rujuk pada rombongan 'jejak warisan jawi' di blog http://jejakwarisanjawi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syeh abdul jalil ini banyak nama lain.ia turunan msulsna ishak .dan syed ghafur. Syed gafur ini yang beroleh sye sultsnul arifin usmsil dan syed ibrahim sunan mulia. Mengikut renungan saya ysng dikstakan sysruf kebungsuan iyu adalah cucu nurul alam.anak keoada wan abdullah chsmpa. Ia adalah sulran muzafar chsmpa ysng kslsh dan berundur ke aceh dan jawa..ramai kerabat kelantan,chsmpa ,patani berundur ke sulewesi,aceh dan jawa. Debelum.ini raja raja serivijaya sudah sebati di jawa selsin di sumatra. Mereka mrmbACngunkan kersjaan dengsn identiti jawa.sering ulang alik kesrmua tempat termasuk filioina,borneo,urian jaya,australua. Pulau sumatra dulu bawah kerajaan Langkasuka..Jsuh sebelum zaman wali 9 dan 7. Raja raja sudah sda krkeluargaan dijaea..yang mana penduduk tidsk pernah menyoslnya. Ksdang hsdur sebagai brahmana..hadir srbagai pendekar.,hsdir sebsgsi pedagang.mereja ahli oelayaran dan mampu membina kapal besar.. Syed Gafur itu adalsh sultsn muzaffar champa,ia mungkin ada usteri di jawa.datonya mungkin ada jsdi bre dijawa. Sultan baki sysh mungkin ada usteti d kerajaan jawa. Malah mungkin sang tawal oun ada kerajaan kecilnya d Jjawa . Rajyat tak perlu tahu dACn sedar hal kshwin ini. Sebab siapa membantu raja jawa mengalahjan oenjahat,siaoa boleh mengubat raja akan jasi menantu raja dan menjadi raja. Begitu mudah jika mahir dengan ilmu..kesaktian. . Sultan wan abdullah cgampa pun ada di jawa ysng mungkin sebagai Raja daerah.nurul alam pun nungkin berada di jawa dengan menyamar diri. Bahkan sultan uskandar kelantan oun berkahwin di jawa dengan suhita.. Moyang sultan uskandar pun sudah ada jerabat di jawa. Jadi nurul alam,wan abdullah tuada masalah untuk hadi raja di jawa. Wan muzaffar mungjun raja majaoahit brawujaya jika ayahnya wan abdullah juga brawijaya.. Wan muzafar bersamaan syed gafur mufti aceh. . Jadi syed usmail dan ubrahim pulau besar ,melaka itu adalah nik jamaluddin kelantan dan wan mustafa champa.. Mereka menyanar saja. Bula pulang dari jawa kerana,moksa danbdanndihukum matu,mereka pulang ke tanah melayu. Semua menyamar. Ada,jadi braeijaya,ada jadi ki penging. Akhirnya mereka oulang je malaya. Malah 5 anak kalujaga oun hijrah ke oantau timur melaya jerana jerajaan mataram memysuhi kelyarga sunannkalu jaga...

      Delete
  4. maksud saudara Sultan Muhammad jiwa tersebut adalah orang yang sama dengan adik ipar Syarif Abu Bakar Syah Yang Dipertuan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nai che puan adalah kakak syarifcdipwrtuan abu bakar. Sultan mohd jiwa adalah wan daim pengkaka datu patani.ia dari kerajaan champa. Bapanya abdullah atau po ibrahim champa. .anaj wan Daim adalah long bahar atau long putra selain itu anaknya,adalah ling nik,long senik dan long sulong. Nama ini terkenal di kelantan dan patani,legeh dan reman atau yala. Di kedah ,perak san satun twrkenal dengan nama long putra,anjang johan.abdullah dan ziaudin. Adik syaruf abu bakar nai chepuan . .anak abu bakar bernama mas kelantan yang berkawin dengann long bahar. Di kedah dan perak tak diceritakan hal anak perempuan syarif abu bakar.. Di kelantan dan di patani.tidak ada,orang cerita nana,istei po rom ibrahim,idan ustri wan Daim tujuan....politikal. bermakna,raja,kedah sekarang dari turunan champa.turunan melaka,adalah raja,perlis dan oerak.. Sejarah anak muhyiddin itu adalah abu bakar dan nai che puan...anak perempuan syarif abu bakar adalah mas kelantan raja pattani.disambung oleh anaknya nancxhayang sebagai raja patani. Long bahar,atau long putra tudak boleh jadi raja negeri patani. Ia layak rajaersh sahaja
      .

      Delete
  5. salam,
    Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin telah berkahwin dgn Nang Cik Puan Paduka Bonda iaitu adik bongsu kepada Sharif Shah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya anggap sultan mohamad jiwa hanyalah wan Daim dato pengkalan di pattani. Anak anak wan Daim itu le ng bahar atau long putra. Long putra bersamaan dengan long Bahar. Long taha, bersamaan long sulaiman. Dan mohd chan bersamaan ling Yunus kelantan. Wan Daim adalah anak po ibrahim yang aktif sebagai raja, champa. Abdullahadalah nama bagi po ibrahim. Po ibrahim atau abdullah adalah anak sultan myzaffar champa.. Wan Daim dari kerajaan champa yang kehilangan negeri telah berkahwin dengangan nai che puan.. Anak anak nai che puan memerintah negeri kecil di sekitar segeting kra, ke bawah saja. Sharif abu bakar memwrintah seluruh siam dan burma. Kerana kalah ia turun ke, selatan dikawasan kedah dan pattani. Masa, inilah jadi kecil kawasan pemerintahandi utara. Tetapi masih kuasai rhiau hingga ke australia. Keturunan wan Daim tak ada negeri pemerintahan yang besr. Kumpulan sharif abu bakar mulai kekurangan tanah jajahan..Banyak pihak ingin hapuskan keturunan sharif Abu Bakar. . Kumpulan wan daim atau sultan mohd jiwa tak cukup berhak keatas utara tanah Melayu. dan pattani. Mereka, berhak di Champa. Itulah kelam kabit wan Daim atau sultan mohamad jiwa ke kelantan cari ruang untuk anaknya jadi raja hingga, dapat jadi raja, jembal. Le ng Bahar dan long putra itu orang yang sama saja. Kumpulan sharif abu bakar lebih berhak keatas pemerintahan warisan melaka. Manakalan keturunan Sang tawal juga berhak .sebagai keturunan merong mahawangsa. Sultan abdullah bapa kepada sultan mohamad jiwa berhak di champa. Memandangkan di cgampa mereka tersingkir san di patani pula adalah negeri pemerintahan nai che puan, maka sultan abdullahatau po ibrahim tak ada negeri lagi. Nai che puan tak ada nnegeri pemerintahan lagi. oattani dioerintah oleh mas kelantan yang merupakan anak kepada sharif abu bakar yang berkahwin dengan le ng putra atau long bahar. .pattani diperintah oleh anak perempuan nai che puan. Long bahar, atau long putra, tak berhak ke, atas negeri pattani. .ling bahar berkahwin lagi dengan raja ekok kelantqn.ling bahar diberi kawasan legeh dan naratiwat dan dapat ambil alih kerajaan kjembal dan dapat jadi raja di legeh yang meliputi naratiwat.. Wan daim dan anaknya ling bahar bukan raja, kedah tapi pm saja,. Atas hal ini lah turunan wan daim mqhukan negeri di tanah melayu. Ahmad tajuddin itu keturunan long senik atau long nik.. Tapi di kedah ia keturunan abdullah bin sultan mohamad jiwa. Yang berkahwin dengan india pulau pinang.. Abdullah dan ziaudin bukan keturunan sharif abu Bakar dan nai che puan. .abdullah dan ziaudin itu keturunan wang daim atau sultan mohamad jiwa yang kahwin dengan india pulau pinang. Itulah turunan ini belot. Terutama turunan ahmad tajyddin. Mereka mahu negeri dan harap jeturunan sharif abu Bakar dihapuskan.. Shukoi thai dan burma serta inggeris ancam keturunan sharif abu bakar..

      Delete
  6. salam,bagaimana saudara boleh tahu yang Tok Moris berasal dari keturunan Syarif Abu Bakar Shah Yang Dipertuan.boleh saudara tolong jelaskan...

    ReplyDelete
  7. Dalam mengkaji sejarah banyak penemuan-penemuan baru yang akan kita jumpa. Maka sebagai pengkaji sejarah hendaklah kita sentiasa bersedia menerima fakta-fakta baru, yang paling afdal ialah dengan berjumpa waris yang masih ada.

    Walaubagaimanapun, sejarah kedah-siam ini akan dibongkar habis-habisan sehingga kita mendapat keputusan yang tepat daripada segala sudut.

    Perlu diingat ada tiga golongan yang akan datang menceritakan sejarah ini: 1. golongan raja, 2. golongan ulama 3. golongan panglima. Masing mempunyai secubit kesah yang akan dibentangkan. dan disitulah nanti akan disulam menjadikan kembali ikatan kasih yang telah lama terlerai.

    wassalam.

    ReplyDelete
  8. Berkenaan dengan 7 pendekar Melayu yang menggunakan ilmu sulam kalimah untuk berentap dengan panglima thai itu adalah kesah cerita tentang kehebatan ilmu perang Panglima Siam/Melayu yang bukan calang2.

    Sebabnya Syarif Syah itu adalah Panglima Besar Siam - gelaran yang diberikan padanya. Begitu juga dengan kesah Tragidi Kota Mengkuang yang tiada dalam kisah ASNK.

    Cuma yang menjadi persoalan adakah benar 7 panglima ini pergi menyelamatkan SATII yang berada dalam kurungan di Bangkok?

    Siapa yang memperdaya SATII sampai tertangkap bawak sampai Bangkok?

    Atau mereka bertujuh pergi atas arahan (jika waktu perang musuh bisik 1821 selepas Syarif Syah dibunuh maka angkatan perang dibawah pimpinan Sultan Muzaffar Syah 3 atau Po Chan dan kemudian Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin) untuk seret SATII balik ke Kedah atas pengkhianatan beliau dan kemudian lari pulak SATII ke Melaka bersama kapal British lalu digelar Marhum Melaka?

    Sebab kes Sultan Kedah lari ke Melaka ini(kononnya pada anggapan British ini) ada terkesah dalam beberapa buah buku yang berkait dengan zaman Munsyi Abdullah. e.g: Percetakan Awal Jajahah Selat...

    Soalan lain masa bila SATII dibawa ke Bangkok? Selepas Melaka atau sebelum Melaka?

    Tanah Ampun Kurnia ini adakah benar dianugerahkan oleh SAT11 sedangkan beliau dok kelam kabut lari sana sini dan sampai digelar marhum Melaka?

    Menurut journal saya, keluarga Tok Moris (Raja Kota Setar) masih ada di Pendang dan ada satu kampung ngan keturunan Syarif Abu Bakar Syah.

    Baik saya bukan ingin menafikan kisah sejarah 7 Panglima Siam/Melayu tersebut, cuma jika sejarawan Almarhum Dr Ismail Salleh turut mengambil cerita dari waris Syarif Syah, maka ini membuktikan Syarif Syah itu benar wujud dan sudah tentulah sejarah baginda yang cuba disembunyikan oleh puak-puak pengkhianat Perang Musuh Bisik sampailah ke hari ini.

    Secara logiknya pucuk pangkal sejarah realiti negara kedah ni ada pada sejarah Syarif Abu Bakar Syah yang telah digelapkan.

    Manuskrip UUK itu antara sumber yang perlu dijadikan rujukan.

    wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah tok moris wujud saya dah pernah hadir perjumpaan keturunan tok moris..saya generasi ke sembilan kalau nak tngok kubur almarhum syed idris boleh datang kemasjid perupuk..

      Delete
    2. Assalam, abg ada tahu apa2 kisah tentang tok kameh ke

      Delete
  9. salam... byk juga rahsia tok moris yang masih lagi tersimpan.diharap ada lg byk pihak yang dapat membongkar sejarah tok moris supaya keturunan tok moris dapat mengetahui kehebatan moyang mereka.terima kasih..

    ReplyDelete
  10. Kisah 7 Hulubalang yang ke Bangkok ini di ambil dari waris mereka yang berada di Satun.. Kisah ini cukup menarik perjalanan ceritanya. Kisah ilmu mereka dan bagaimana mereka dapat menewaskan musuh berbangsa Thai. Dalam kisah inilah berlakunya sebahagian dari 7 ini terpaksa berpecah... ada yang tinggal di bahagian Siam dan ada yang kembali ke Kedah. Namun kisah secara detail tidak dapat dipaparkan di sini kerana akan ada mereka-mereka akan tersinggong.

    Begitu juga dengan kisah SAT yang ditangkap dan dibawa ke Bangkok. SAT tidak ada bersama dalam majlis di kota Kuala Kedah semasa Thai menyerang dalam tahun 1821. SAT cuba lari ke Pulau Pinang namun dinasihatkan ke Melaka sebab itulah SAT mendapat gelaran Al-marhum Melaka. Namun di panggil balik ke kedah kononnya Thai ingin serah balik negeri tetapi ditangkap dan dibawa ke Bangkok. SAT katanya terpedaya dengan salah seorang kerabat yg baik dengan Thai (tidak mahu menyebut nama disini).

    Dikisahkan salah seorang pembesar negeri kedah yg turut tertangkap dan dibawa ke Bangkok telah mengutuskan surat kepada keluarganya dengan bersumpah agar anak cucu beliau jangan sesekali percaya kepada Bangsa ........... (tidak mahu menyebut disini) kerana bangsa Thai telah berpakat bangsa .......... ini sehingga negeri Kedah Jatuh di tangan bangsa Thai dengan penuh muslihat.

    [dengar lagu 'Perang Musuh Bisik' verse permula 'mereka datang
    menerjah dengan muslihat bersama bangsa penipu']

    Mengenai tanah ampun kurnia: rekod di Pejabat Tanah dan Daerah Pendang, Kota Setar, menunjukkan tanah-tanah itu telah dipecah-pecahkan dan diberi hakmilik, hanya tinggal lebih kurang 500 relong sahaja masih menjadi tanah kerajaan negeri di Mukim Rambai (L52 Loks. 133/46, L53 Loks. 134/46, L68 Loks. 149/46, L69 Loks. 150/46 dan L75 Loks. 156/46. CP. 12134)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saya tertarik dengan cerita salah seorang kerabat yang baik dengan thai. siapa pula gelaran datuk mahkota dalam misi perang bisik ini yang sememeangnya di anugerah oleh raja sebidang tanah di kawasan kota setar hingga ke telaga mas ? boleh saya tahu lebih lagi kalau ada maklumat.no tel saya 0195033298

      Delete
    2. salam saya tertarik dengan cerita salah seorang kerabat yang baik dengan thai. siapa pula gelaran datuk mahkota dalam misi perang bisik ini yang sememeangnya di anugerah oleh raja sebidang tanah di kawasan kota setar hingga ke telaga mas ? boleh saya tahu lebih lagi kalau ada maklumat.no tel saya 0195033298

      Delete
    3. salam saya tertarik dengan cerita salah seorang kerabat yang baik dengan thai. siapa pula gelaran datuk mahkota dalam misi perang bisik ini yang sememeangnya di anugerah oleh raja sebidang tanah di kawasan kota setar hingga ke telaga mas ? boleh saya tahu lebih lagi kalau ada maklumat.no tel saya 0195033298

      Delete
  11. salam ponpakya...terima kasih kerana memberi byk info yg logik akal.minta saudara emailkan maklumat yg lebih detail ke email saya kubangpisang@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. salam kpd Anonymous OCTOBER 6, 2010 11:05 AM,

    mohon berhubung dengan saya di ponpakya@gmail.com agar dapat kita berkenalan supaya dapat kita bertukar2 nota.

    IsyaAllah saya akan berhubungan dengan anda selepas saya kembali dari Bangkok nanti.

    ReplyDelete
  13. salam...erm tahniah berjaya membuat blog ...ni
    naik seru saya bila membaca kisah tunku kudin...betapa mulia yer bangsa melayu..betapa hebat yer pahlawan melayu...bila bangsa dan agama di injak oleh bangsa asing....semoga roh beliau bersama para syuhada yg terbilang...

    ReplyDelete
  14. SALAM SEMUA.....SAYA MINTA MAAF YA......SAYA SEDANG MENCARI JURAI KETURUNAN SAYA YANG ADA KAT KOTA KUALA MUDA KEDAH..KALAU ADA ORANG KOTA KUALA MUDA YANG TAHU .....NAMA TOK SAYA TOK AWANG .5 BERADIK KE KUALA SELINSING .....(3) ORANG BERPATAH BALIK KEKOTA KUALA MUDA TINGGAL (2) ORANG DIKAMPONG SAMA GAGAH SELINSING.SAPA SAPA YANG TAU ATAU KALAU ORANG TUA TUA KAT KOTA KUALA MUDA YANG TAHU .TOLONG EMAIL SAYA.kazam777@yahoo.com TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  15. Asalamualaikum...
    Saya mencari kisah Panglima Hitam negeri Kedah yang mengepalai "Lang Merah" dan Panglima Nayan merupakan pengikut paling bongsu...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun nak tahu sgt ttg panglima hitam kedah ada tak sesiapa yg tahu tentang cerita panglima hitam kedah..adakah panglima hitam ni mempunyai waris dan di mana kah kuburnya..terima kasih

      Delete
    2. Bagaimana bole saya hubungi sedara

      Delete
    3. Assalam sy teringin nak tahu ttg panglima tok kameh,

      Delete
  16. Salam dari anak kg perupuk, kubur panjang

    ReplyDelete
  17. Salam,, saya adalah cicit kepada Tuan Guru Hj Idris cicit Tok Moris.. adakah benar Tok Moris adalah dr keturunan Merong Mahawangsa?? bolehkah terangkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama bro,dulu hadir tak masa perjumpaan waris?di kg perupuk

      Delete
  18. salam kepada cicit Tok Moris, elok lah sdr/i rujuk salasilah keturunan merong mahawangsa ini dengan Long Nai Kasim. Kalau tak salah saya, saya ada melihatnya satu ketika dulu di tangan Dato' Ismail Salleh tetapi tidak sempat mendapat salinan. Pada ketika itu saya memberi tumpuan kajian terhadap pahlawan2 melayu yang menyelamatkan negeri kedah..

    ReplyDelete
  19. sebenarnya, saya salah seorang waris tok moris. ayah banyak ceritakan pasal tok moris ni. ramai waris2 tok moris sendiri yang tak kenal siapa moyang mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk tahu salasilah boleh la berjumpa pak ngah saya lutfi amin di lubuk kiab,sidam kiri Kedah.

      Delete
  20. salam...
    mmg pown bnyak yg kita tidak ketahui mengenai tok moris...saya sendiri pown masih mencari susur galur keturunan tok moris..saya difahamkan bahawa sya adalah keturunan yg ketujuh..saya juga adalah cicit tuan guru hj idris cicit tok moris...kalau boleh tlg buat satu laman web mengenai waris keturunan tok moris..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucu tokreh jugak ka,sampai x kenai stengh kita...nnti set tarikh cari smua no kita buat family day kluarga haji idris..mcm dlu

      Delete
    2. salam bang,saya sedang mencari susur galur sebelah mak,dikatakan haritu saya dari sebelah tok moris,jadi saya nak kaji sendiri pasai benda ni,boleh tau ngan sapa saya boleh berhubung

      Delete
  21. Salam...ya saya juga...saya harap ada web utk keluarga kita mengetahui lebih detail ttg moyang kita....

    ReplyDelete
  22. Salam Tok Moh Reh atau Syed Idris ibni Syed Mohammad Hatta adalah Panglima Kedah dan juga Raja Kota Setar ..anakanda beliau juga seorang Panglima Perang yang bernama Syed Zainal Abidin atau Kudin...saya juga adalah dari susur galur yang sama cuma saya dari Syed Alang Alauddin - keturunan Raja Nai Long Abu Toha..sapa2 dari susur galur Sharif Yang Dipertuan dijemput sertai Facebook di- muzaffarshahi@ymail.com ..boleh kita kenal2 dan eratkan siratul rahim kekeluagaan keturunan..ada juga waris tok moh reh yg dah sertai kumpulan waris ini ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...
      Tunku Kudin @ Syed Zainal Abidin bukan anak Tok Morris...saya tau sbb saya waris Tunku Kudin @ Syed Zainal Abidin.

      Boleh wassap saya 017 3619814

      Delete
  23. terima kasih kepada penulis artikal dalam sejarah negeri kedah.berkaitan hulubalang kedah tok moris dan sahabatnya memang apa yang ditulis adalah benar..syukur kepada Allah SWT kerana dengan adanya kisah sejarah pahlawan kedah ini supaya genarasi akan datang dapat merasai pahit getir pegorbanan mereka kepada bangsa,agama dan tanah air tercinta dan dapat mengimbau sejarah silam...roslan

    ReplyDelete
  24. Salam...

    Saya merupakan keturunan ke-7 Tok Moris...Moyang saya Amina yang ceritakan segalanya kepada saya...Haji Idris yang tinggal di Kubur Panjang tu merupakan anak saudara moyang saya...memang betul Sultan Kedah dulu hadiahkan tanah kepada Tok Moris sebab atuk saya pun dapat juga sebidang tanah sebanyak 40 relung..Tapi menurut moyang saya,sesiapa cucu cicit Tok Moris perlu merahsiakan cerita dan identiti asal usul Tok Moris kerana pihak siam masih berdendam..itu cuma menurut cerita moyang saya...moyang saya masi hidup...beliau merupakan keturunan ke-4 Tok Moris...Beliau kini tinggal bersama anak perempuannya di Kuala Nerang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  25. Ya betul, diceritakan oleh mak saya, umur dah 80 lebih sekarang ni. Kalau org Thai tahu kami keterunan Diraja Kedah zaman perang Musuh Bisik dulu depa akan bunuh.

    ReplyDelete
  26. cicit kpada tok moris Haji Idris ayah tokwan tok saya...agak jauh....xpenah pun tnya tok psal ni..mak ja slalu crita....

    ReplyDelete
  27. assalammualaikom ......saya selalu dengar tokwan dok cerita kisah kepahlawanan tok moris dan sampai sekarang pun keluarga saya kat kampong kolot masih mendiami tan ah ampun kurnia untuk pengetahuan semua tanah milik tok moris x boleh di diami oleh org luar dari keterunan tok moris ,tok nek saya lebai hamzah

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum....saudara,betol ke sape2 yang tinggal di tanah ampun kurnia ni..dari keturunan tok moris

      Delete
    2. ADA SEBAHAGIAN SAHAJA DARI KETURUNAN TOK MORIS DAN SAYA ADALAH DARI KETURUNAN TOK MO SHEN SAHABAT TOK MORIS YANG TELAH JUGA MENDAPAT TANAH AMPUN KURNIA NAMUN TANAH TERSEBUT BARU BARU INI TELAH DI BUAT GERAN DAN SEBAHAGIAN MASIH BELUM BUAT GERAN..........

      Delete
    3. tok moh syen duduknya di mana ys

      Delete
  28. ada sapa sapa yang kenal ngan lib nyek(talib) kami waris dari keturunan tok moris ...boleh kongsi maklumat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ujud nm abu bakar sharif shah dlm uuk.

      Delete
    2. Saya, dikhabarkan dari keturunan raja perlis. Saya, dari sempadan kelantan dan naratuwat. .sata tak dapat sambung ke nai hatta. Sebab waris nai hatta sepeeti moris dan panglima, ismail tak lengkap. .moris panglima dan syed ismail pun panglima. contohnya nik man bin mamat, bin syafii taib bin bidin, bin ishak. Mungkin bin zainal abidin bin moris. Atau bin ? Baru bin panglima ismail

      Delete
  29. Assalamualaikum admin ponpakya..sya nk mintk ponpakya menonton movie queen of langkasuka arahan thai di youtube pn ada kalau ponpakya dh tgk sblm ni blh trangkan serba sdkit krana sya msih musykil pihak mna yg disebelah kita krana dlm perang didalam cerita itu dua2 pihak lengkap baju melayu dn memakai keris lmbang kekuatan..ponpakya lebih arif tentang sejarah kedah yg lebih dlu gah dan mengamal ilmu al-quran 100% sblm melaka..mohon jasa baik ponpakya dlm memahamkn..sya dri seberang perai.. Email asrulaliffabdhalim@yahoo.com

    ReplyDelete
  30. Salam tuan....bagaimana boleh berhubung dengan tuan.email says almulk.almuk@yahoo.com

    Mohon jasa bail tuan..

    ReplyDelete
  31. Haji Idris tu tokwan kepada tok saya la...jauhnya..

    ReplyDelete
  32. Pedang lembik digulung dalam bejana dari tikar mengkuang seperti tali pinggang masih elok disimpan di Kg KubangPisang Pendang kedah.

    ReplyDelete
  33. Sapa2 nak tau kisah tok moris boleh la lapangkan masa jumpak dgn imam kubang pisang tn imam hj bakar idris.dia tau banyak la cerita tok moris ni....lawat2 la no sedara tua2..kot2 boleh cedok ilmu dia serba sedikit

    ReplyDelete
  34. saya keturunan ke6 tok moris :) ayah saya keturunan ke5 ,tq ponpakya menceritakan sejarah tokmoris :)

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum.. Saya sedang menjejak kisah tok merah..dalam entry ini ada menyebut nama beliau. Ada sesiapa yang tahu kisah beliau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Semua. Tolong ceritakan pasal. Tok. Merah. Nak tahu dia, adik beradik tok moris atau anak tok moris.. Pasukan 7 pejusnh orang ini msntap tentu ia kersbat atsu group syed jugs. Kebersnian dsn kesepakatan. Ada tak sumber siapa tok merab?

      Delete
    2. Sy jg sedang mncari susur galur keturunan sy, sy d fhm kan yg buyut sy adalah Tok Merah, puas sudah sy mncari susur galur ini tp gagal, jika ada terjumpa atau sesiapa yg tau Asal usul atau cerita Tok Merah ni, hrp sgt dpt berhubung dgn sy d talian 01126417171.

      Delete
  36. ada org sent salasilahnya tpi tak clear, ambil di ulu langat klu tak salah rumah hj salleh kot, saja nak teliti sbb aruah nenek pernah cerita maa kecik2 dulu tp tak pernah amik tahu.

    ReplyDelete
  37. bagus jika pahlawan2 handal ini dapat dibukukan. Kemudaian boleh di tambah baik menerusi edisi 2 dan seterusnya.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. assalam sdr admin saya nak tanya di mana makam tn guru hj idris nie?

    ReplyDelete
  40. Makam tuan guru haji idris ada di kubang pisang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makam tok moris di kg perupok ,kuborpanjang. Bukan dijubang pisang
      Sila melawat ke masjid kg perupok

      Delete
  41. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/ini-perbedaan-kue-macaron-dengan.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/resign-demi-pasangan-apakah-keputusan.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/4-cemilan-legendaris-anak-90-kamu-suka.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    • Bandar66
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete
  42. Salam Admin.

    Saya waris generasi ke-5 Salasilah Keturunan Panglima Awang. Di khabarkan Panglima Awang ini berperang melawan tentera Siam-Burma yg ingin menakluk Kedah ketika itu. Panglima Awang kemudiannya berundur ke Seberang Prai & mencari tempat perlindungan.
    Boleh baca di entry ini:

    http://ishaksenapifamily.blogspot.com/2012/01/sejarah-salasilah-keturunan-ishak-bin.html?m=1

    wiramdmspec@gmail.com

    ReplyDelete
  43. Tok moyang saya namanya Tok Haji Moh Sat katanya alim dan pendekar silat raja di Sungai Ular Kulim. Apakah ada kaitan dengan Tok Moh Reh dan Tok Moh Syen. Tok saya kata moyangnya itu ada rumah pusaka macam rumah Aceh, tangga naik dari bawah lantai rumah

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum wr wbtuh barakhallohu fii umrik

    ReplyDelete
  45. Makamnya d kg perupok,kubur panjang,kg datuk/nenek sya..sya Adalah salah seorg Susur galur panglima Tok moh reh.

    ReplyDelete
  46. Tok moreh ni misteri.keturunannya dari mana.mcm mana dia boleh jd salah seorang pemimpin dalam misi ketenteraan.pelik aku mengelamun kadang2 tu.haritu ada nak melawat makan tok moreh di masjid perupok.tapi tak tau yang mana.tak bertanda dah ka makam tok moreh.aku penah sekali ja melwat makam tu masa skolah menengah.ingat lagi masa hari raya.bapak aku bawak aku dgn adik tunjuk makam dia.kami sedekahkan bacaan yasin kat roh dia.bukan org lain,tok wan hang tu cicit tok moreh,almarhum hj idris.aku habaq kat dia aku pernah baca yg tok moreh ni ada kaitan dgn keturunan kesultanan moghul.pak aku kata boleh jadi.hg tengok pak menakan hang 3 4 orang ada iras benggali.haha...nak kna pi test dna tengok.ingat lagi pak aku pesan,nak tau cerita bnyak,pi la bertanya kat tok imam kubang pisang tu.sejarah pun dapat,ilmu akhirat pun dapat,tapi org muda biasa la.segan nak pi jumpak.mungkin satu hari nanti.yg pasti kalau jumpak dia,resepi nasi daging dia aku nak mintak.terangkat.mai la sama2 kita doakan roh tok nenek kita aman bahagia di sana.ada masa sedekah fatihah kat depa.amalan anak cucu insyaallah sampai ke depa.amin

    ReplyDelete
  47. Mak saya pernah cerita itulah moyang kami,kubur terletak dibawah pokok besaq..

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum.. sy sedang mencari sejarah moyang sy shawai bin Endut .. gelaran moyang sy selalu bertukar2 .. tapi ramai yg pnggl beliau tok shawai .. dia Ad 2 tmpt tinggal .. 1 di Kedah 1 di Kuala muda penaga .. banyak sejarah nya yg sy dah dengar di org2 kg di Kuala muda dan Kedah tentang Kehandalan beliau yg membuatkan komunis terus menangkap beliau .. ap2 kalau ada info boleh whtsp sy 016-9210723.. Assalamualaikum

    ReplyDelete
  49. Ada sesiapa tahu tentang tok kameh ke kt sini

    ReplyDelete
  50. Rakan-rakan Seperjuangan:

    Ramai rakan-rakan Tok Moris telah turut serta berjuang bersama beliau dalam pertempuran sejak dari awal tahun 1817 sehinggalah membawa ke perang Musuh Bisik. Nama mereka-meraka ini adalah seperti Tok Imam Ha (Taha), Tok Git Nui (Taib Kecik), Tok Panglima Arshad, Tok Panglima Kecik, Tok Mo Syen, Tok Merah, Tok Kameh dan beberapa ramai lagi yang tidak dapat dipastikan nama atau gelaran mereka

    Salah admin, boleh sy tahu tentang pahlawan tok kameh

    ReplyDelete