Lagu Perang Musuh Bisik


"Bumi yang kita pijak ini adalah tanah tumpah darah kita... telah sentiasa kekal sebagai Tanah Air yang tercinta... Ada pun mereka-mereka itu telah mengorbankan diri demi mempertahankannya agar anak cucu Bani Jawi terus kekal di sini... Moga-moga kita adalah waris sebenar mereka-mereka itu... para Hulubalang Bani Jawi"
NOTA : Hasrat blog dihasilkan bertujuan untuk mencari maklumat mengenai para hulubalang Melayu dan dihimpunkan di satu halaman supaya mudah dirujuk oleh anak bangsa. Halaman ini dibina sejak pada tahun 2009. Terima kasih pada mereka yang tidak jemu-jemu menulis mengenai para Hulubalang Bani Jawi yang turut dipetik dan dikongsikan di sini.

Tunku Kudin


Tunku Kudin sebenarnya ialah Syed Zainal Abidin merupakan anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin.
Tunku Kudin ialah anak kepada seorang Arab berbangsa saiyid dari Palembang yang bertalian darah dengan keluarga di Raja Kedah. Tunku Kudin, tinggal di Seberang Perai telah dipujuk supaya memimpin satu angkatan perang menentang angkatan Thai semasa perang Musuh Bisik yang telah meletus sejak 1821.
Orang-orang Thai yang menguasai di Kota Kuala Muda mengetahui sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Tunku Kudin telah mengupah beberapa orang jahat untuk membunuh beliau. Penduduk-penduduk yang tinggal di keliling rumahnya telah berjaya mengusir orang-orang upahan Thai ini dan menyelamatkan Tunku Kudin.
Pada suatu malam, sebiji letupan telah berjaya dipasang oleh orang-orang upahan Thai dirumahnya dan telah meletup dengan kuat ketika manusia sedang tidur nyenyak jam tiga pagi. Tunku Kudin telah dijilat api dan melecur sebelah tubuhnya. Azam Tunku Kudin menentang kekejaman Thai bertambah kuat apabila beliau sedar bahawa isteri beliau dan tiga orang anak-anaknya meninggal dunia akibat letupan tersebut.
Tunku Kudin telah kehilangan semua yang disayanginya, isteri dan anak-anak, rumah dan harta benda. Yang bertambah kuat ialah sumpah dan azam menuntut bela.
Orang-orang Melayu di Seberang Perai berkumpul memberi sokongan kepada Tunku Kudin untuk melepaskan kampong halaman di Kedah dari cengkaman Thai. Jumlah orang-orang Melayu yang tegak di belakang Tunku Kudin tidak kurang dari 5000 orang. Pada waktu dan ketika yang baik lagi sempurna, perahu-perahu kecil dan besar, beratus-ratus buah banyaknya, lengkap dengan tetunggul dan panji-panji, telah bergerak ke Kuala Kedah. Di sepanjang jalan, angkatan tersebut diturut-sertai pula oleh perahu-perahu dari Kuala Muda, Kuala Merbok, Kuala Yan, Kuala Sala dan Kuala Tebengau. Selepas berihat di Pulau Bunting, angkatan Tunku Kudin terus belayar ke Kuala Kedah dan disana ditemui pula oleh perahu-perahu dari Pulau Langkawi yang turut menghantar bantuan.
Angkatan Thai yang bersedia di luar Kota telah membedil perahu-perahu Melayu yang mendarat dan dibedil balas oleh angkatan laut Melayu. Pengawal-pengawal Kota mencuba seberapa daya menghalang kemaraan orang-orang Melayu yang ramai mendaki tembok Kota, tetapi dengan kebijaksanaan dan kecekalan hati Tunku Kudin, pertahanan Thai di Kota Kuala Kedah telah patah. Setelah beratus jiwa terkorban dari kedua belah pihak, orang Melayu dapat memasuki Kota itu melalui Pintu Kacapuri, pintu kecil lima puluh ela arah ke Utara pintu sekarang. Tunku Kudin berjaya menduduki Kota Kuala Kedah pada 24 haribulan April 1831.
Orang-orang Thai telah berundur ke Alor Ganu 15 batu dari Kuala Kedah mengikut Sungai Besar. Di Alor Ganu terdapat sebuah kota tanah yang dibuat oleh orang-orang Melayu kini dijadikan markas tentera Thai. Di Alor Ganu orang-orang Thai bertahan, sementara satu angkatan darat telah dihantar ke Legor menyusul bantuan.
Kejayaan Tunku Kudin menawan kembali Kota Kuala Kedah rupanya menjadi satu kegemparan besar kepada Inggeris di Pulau Pinang. Kononnya, mengikut satu perjanjian antara Inggeris dengan Bangkok yang dibuat dalam tahun 1826 bersamaan dengan Tahun Anjing dalam perkiraan tahun bangsa Thai, Inggeris hendaklah melarang dan menegah Sultan Kedah atau rakyatnya dari menyerang mengganggu atau merusak secara mana sekalipun ke atas Negeri Kedah yang telah menjadi Wilayah Thai.
Sebagai membuktikan kepada kerajaan Thai bahawa Inggeris adalah satu bangsa yang tidak pernah memungkiri janji dan rampasan kuasa oleh Tunku Kudin itu di luar pengetahuan mereka, maka Kerajaan Pulau Pinang telah menghantarkan senjata-senjata dan ubat bedil ke Alor Ganu.
Angkatan Thai menerima bantuan Inggeris dengan dua belah tangan dan mendesak Inggeris supaya menepati kehendak-kehendak Perjanjian Tahun Anjing itu dengan betul. Sebagai memperaktikkan tafsiran yang difahamkan oleh Inggeris dari Perjanjian itu, Inggeris mulalah mengenakan kepongan-kepongan dan kawalan di kuala-kuala sungai dan di sepanjang pantai Kedah supaya orang-orang dari laut tidak dapat berhubung menyampaikan bantuan dan sebagainya yang bercanggah dengan kepentingan Thai. Bantuan yang mulanya mencurah-curah tiba kepada Tunku Kudin di Kuala Kedah telah terhenti dengan tiba-tiba.
Dalam satu pertarungan sengit antara angkatan laut Kedah dengan angkatan laut bangsa Thai di Pulau Payar bertentangan dengan Kuala Kedah, angkatan Thai telah tewas dengan teruk. Kapal “Wolfe” milik Inggeris telah tiba entah dari mana lantas merejamkan peluru-pelurunya ke atas perahu orang-orang Melayu dan memusnahkan sehingga licin seluruh angkatan Melayu yang ada. Tindakan yang dilakukan oleh “Wolfe”- “Anjing Hutan” ini, adalah satu-satunya peristiwa yang unik di mana orang-orang Melayu telah diajar begitu rupa oleh kapal laut Inggeris.
Sebelum ini, perahu-perahu Melayu telah dikejar dan ditahan supaya jangan mendarat walaupun kerana mengambil makanan dan air, kemudian diusir supaya pulang sahaja. Kali ini “Wolfe” bertindak kasar dan amat menyedihkan pula bila ditilik bahawa perahu-perahu bangsa Thai sentiasa dibenarkan masuk atau keluar dengan bebas di mana-mana sahaja mengangkut ubat-ubat bedil dan sebagainya untuk menyerang perahu-perahu Melayu. Hampir seribu orang-orang Melayu yang dibedil ke dasar laut oleh kapal “Wolfe” berkelampong ke hulu ke hilir berminggu-minggu di laut Kedah selepas peristiwa itu.
Kemusnahan angkatan laut Melayu di Pulau Payar ini melumpuhkan Tunku Kudin yang bertahan didalam Kota.
Angkatan Melayu yang di ketuai oleh Tunku Sulaiman di Kuala Perai bersiap dengan kira-kira tiga ribu orang untuk belayar ke Kuala Kedah membantu Tunku Kudin. Angkatan Tunku Sulaiman telah ditahan dan di arah dengan sombongnya supaya balik ke Kuala Perai oleh 4 buah kompeni dari Madras Native Infantry yang ke Empat Puluh Enam berpengkalan di Pulau Pinang.
Kota Kuala Kedah telah dikepong dari darat dan dari laut, makanan dan ubat bedil telah kehabusan, penyokong-penyokong juga ramai yang mendapat sakit dan ramai pula yang telah terkorban dalam perjuangan menegakkan bendera merah harimau melompat, iaitu bendera Kedah pada zaman itu. Bendera merah dengan gambar gajah puteh telah dibantu oleh bendera “Union Jack”.
Kota Kuala Kedah dibedil siang malam tidak berhenti-henti sehingga kemungkinan untuk bertahan lebih lama menjadi mustahil. Ramai orang-orang Melayu yang pulang ke Pulau Pinang, dan Seberang Perai, diiringi oleh kapal-kapal “Wolfe” dan “Crocodile” dari belakang.
Kumpulan yang paling akhir sekali bersama Tunku Kudin tinggal Cuma 30 orang lagi. Mereka ini telah berjuang beberapa hari menangkis serangan-serangan tentera Thai semata-mata hanya dengan keberanian dan kegigihan yang luar biasa timbul dari keinginan mensyahidkan diri demi keluhuran kota pesaka dan watan seluruhnya. Nasi gerit dan manisan tebu yang menjadi ayapan orang berperang, telah habis dan ubat bedil juga telah berkurangan. Meriam-meriam seperti “Katak Puru” dan “Badak Berendam” serta berpuluh-puluh pucuk lagi meriam lain di Kota itu kononnya telah ada yang berdentum dengan sendirinya sebab tidak cukup kakitangan yang boleh mengawasi.
Tetapi, seperti kata pantun yang diabadikan sehingga sekarang:-
Pulau Sembilan tinggal delapan,
Satu merajuk ke Kuala Kedah;
Sudah nasib perminta badan,
Kita di bawah kehendak Allah
Maka pada 4 haribulan Oktober, 1831; bantuan Thai dari Legor telah tiba di Kuala Kedah: 7000 tentera dan 300 ekor gajah, menyerang Kota usang itu dari empat-empat penahapnya. Tunku Kudin dengan tiga puluh pahlawannya berjuang habis-habisan sehingga Tunku kudin sendiri telah luka parah di dada dan di pahanya, ubat bedil sudah habis pula.
Tunku Kudin terjatuh, tangannya terkapai-kapai memanggil seorang panglima yang paling karib supaya menghampirinya. Nama panglima itu tidak diketahui lagi, mereka berpelok-pelok dan kedengaran mengucap dua kalimah syahadah. Kemudian Tunku Kudin menghunus keris pendeknya lantas menikam panglima itu dan panglima itu pula menikam beliau, masing-masing mengelupur sehingga sejuk dan kaku: Seorang di kiri dan seorang di kanan. Kononnya begitulah persetiaan mereka berdua. Biar mati sama sendiri jangan mati dibunuh bangsa Thai.
Angkatan Thai menembusi pintu Kota dan membunuh pahlawan-pahlawan Melayu yang masih hidup. Mengikut “Singapore Chronicle”, mayat-mayat yang bergelimpangan di sekitar Kota Kuala Kedah yang menjadi medan pertemporan yang dahsyat itu adalah di antara enam ribu hingga sepuluh ribu orang. Yang paling banyak terbujur ialah ialah orang-orang Thai kerana angkatan perang mereka jauh lebih besar dari angkatan perang Melayu. Walaupun lapuran “Singapore Chronicle” tidak berapa tepat tetapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kumpulan 30 yang terakhir dari angkatan Tunku Kudin bukanlah gerombolan sembarangan, cuma kerana “sudah nasib perminta badan”. Mungkin, kalau tidak disokong Inggeris, Thai tidak dapat lagi bertapak di Kedah, dan Kota Kuala Kedah pulang ketangan yang empunya nya. Tunku kudin menduduki Kota Kuala Kedah selama lima bulan dan lima belas hari.
Cerita Tunku Kudin tidak tamat begitu sahaja selepas beliau mati. Kepalanya dipanggal dan dibawa ke Legor dengan gajah. Tiba di sana, kepala itu diletakkan di atas talam tembaga yang berkaki, beralas dan berenda, kemudian ditatang oleh panglima perang bangsa Thai yang paling tua, sambil mengisut menyembahkannya kepada Raja Legor, Cau Phaya Nakon Si Tammarat. Beliau sangat ingin hendak menatap wajah pahlawan Melayu begitu handal dan gagah, sangat dikagumi oleh orang-orang Thai.
Raja Legor memandang dengan tidak terkelip matanya, terpesona juga dengan janggut jambang dan rambut menjejak tengkok di kepala yang tak berbadan itu – masih haibat dan menggerunkan. Kadar sejenak, Raja Legor bertanya “Mana badannya?”. Panglima Perang Thai menggelengkan kepalanya dan menyembah, “Tidak berguna Cau Phaya, hatinya sudah dimakan orang”.
Entah benar entah tidak, tetapi inilah riwayat kepala di atas talam yang satu-satunya pernah didengar di dunia ini, selain dari kepala “John the Baptist” yang dipersembahkan kepada King Herod Antipas oleh tukang-tukang kelarahnya lebih 2,000 tahun dahulu.
Akhirkata :
Kisah ini berdasarkan karangan oleh sejarahwan Negeri Kedah, Almarhum Datuk Ismail Salleh. Beliau banyak membantu dalam kajian pihak kami mencari kisah peperangan Musuh Bisik. Almarhum sempat menyerahkan karya peneulisan beliau dalam kisah perang musuh bisik kepada pihak kami agar diteruskan pencarian kisah yang sebenar berlaku di bumi Kedah dan mencari wira-wira bangsa yang seharusnya ditokohkan.
Penulis yang mencatat

39 comments:

  1. minta izin copy & paste dlm blog saya http://war-story.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum!..saya dari susur galur syed Hassan abang kepada Syed Hussein.Keluarga kami masih menetap di Kampung Permatang Ramai sekarang Permatang Rambai Penaga,seberang perai Utara, Pulau Pinang. Kami semua sudah tidak menggunakan gelaran atas faktor keselamatan menurut moyang saya ada komplot istana..maka sekarang sesiapa yang terbaca tulisan saya ini waris dari syed Hassan maka boleh hubungi no h/pon 0198836012 nama Mohd Afendi bin Abd Rahman..keluarga sebelah syed hussein sudah ditemui hanya sebelah Syed Hassan sahaja yang terpisah..mohon

      Delete
    2. saya wakil keturunan Syeikh Hassan.makam dia kata org tua saya ada di kg permatang tengah di balakang masjid sya x ingt namanya..makam tu bersambung dari Syekh Hassan smpai ke generasi arawah tok saya..Tok saya org kg permatang tngh.

      Delete
  2. Minta izin link dlm FB saya.


    -Zamrut.

    ReplyDelete
  3. salam kalau tak silap saya Syed Zainal Abidin ini ialah anak kepada Syed Idris Tok Mor Re..

    ReplyDelete
  4. perlulah diketahui antara Tengku Dhauddin (tengku kudin) dgn syed zainal abidin (tengku kudin) adalah 2 org yg berlainan.....(kerana saya dari pihak Tengku Dhauddin)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunku kudin thn 1835 lahir d Penang..tahun 1859 dilantik jadi Raja Muda Kedah.tinggal di Penang antara thn 1884-1909.meninggal dPenang dan dikebumikan di makam diraja Langgar,KEDAH DA...

      Delete
  5. cuba saudara cari guru utama silat kalimah malaysia bernama osman bin sidek @ cikgu man poi..menetap di kg keda,sg layar,sg petani,kedah..beliau banyak mengetahui tentang sejarah panglima ismail dan panglima tok rashid..saya berani jamin saudara takkan menyesal bila berjumpa dia...

    ReplyDelete
  6. camne nk dapat salasilah tunku kudin ek,,,sape bleh tlg.
    email:sharkawi6545@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Sharifah Fatimah Syed ZubirApril 12, 2012 at 4:28 PM

    Syed Zainal Abidin adalah anaknda kepada Raden Syed Muhammad Zahir Shahabuddin bukan anak Tok Mo Ris...ayahnda beliau , datang dari Palembang dan berkahwin dgn salah seorang dari anaknda Sultan Abdullah. Ayahnda Syed Muhammad Zahir, Syed Hussein Shahabudin pula berkahwin dengan Raden Denayu Jendul bt Sultan Mahmud Badaruddin Jayo Wikromo dan Raden Rangda bt Sultan Agong...dari Palembang.

    ReplyDelete
  8. Izin saya ling dlm FB saya, Di wikepedia ada juga kisah Tengku Kudin, mungkin ada ahli sejarah atau link-lain yang boleh dirujuk untuk kepastian, ramai yang ada salahsilah.

    ReplyDelete
  9. Asalkum,
    Kepada semua sahabat yang mempunyai pertalian dengan Almarhum Tengku Kudin yang membuka klang,Sila hantar email tuan/puan ke alamat saya martialart44@yahoo.com.my,Saya ingin satukan kembali semua generasi Tengku Kudin,Apa yang saya tahu sehingga kini salah silah Tengku Kudin berkait dari Indonesia dan banyak lagi peristiwa hingga ke Istana Selangor,Saya Raja Nazrul Azmir Bin Raja Yahya salam perkenalan dari saya untuk semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam, saya berminat untuk menjejaki keluarga ini, mohon YM Raja Nazrul boleh menghubungi saya melalui email kief98@gmail.com , email tuan disekat untuk menerima email dari saya.

      Harap Maklum dan Salam Hormat dari Saya

      Delete
  10. Syed Nahar bin Syed Mahadzar ShahabAugust 10, 2012 at 1:34 AM

    Assalamualaikum,
    saya adalah keturunan Tengku Kudin atau nama sebenarnya Syed Zainal Abidin bin Syed Muhammad Azzahir Shahab.Tengku Kudin meninggalkan waris yg masih hidup dizamannya iaitu Syed Hussein dan Syed Hassan.Makam Syed Hussein anak kepada Tengku kudin terdapat di Masjid Kota Raja,Kota Kuala Muda Kedah.Dan saya dari susur galur tersebut.Tengku Kudin merupakan generasi yang ke 36 daripada Baginda Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara tinggal dimana,boleh kita jumpa

      Delete
    2. Assalamualaikum bolehkah tuan hamba membantu hamba sedang mencari susur galur krturunan hamba moyang yang bernana Megat Aris berasal dari Kuala muda Kedah den dengar khabarnya beliau adalah cucunda Tengku kudin mohon pencerahan.....

      Delete
    3. Isteri saya Engku Esah binti Raja Putih atau Engku Putih berasal keluarga raja-raja kedah..dikatakan ada kaitan kaitan dgn Tengku Kudin.Raja Putih terakhirnya menjadi pengiring pemburu Sultan Ibrahim Johor.Gambarnya masih ada di muzium Johor.....wallauaklam

      Delete
    4. wasalam..
      saya difahamkan oleh nenek saya yang kami adalah keturunan tengku kudin.

      Delete
    5. Saya pernah terdengar cerita bahawa Tunku Kudin tidak mati di Kota Kuala kedah. Beliau berjaya melepasi kepungan Siam dan berkampung di Langkawi dan kemudian berpindah ke sebuah kampung di muara Sg Merbuk.. Seorang pegikut setianya, kononnya dari Langkawi mengakan Tunku Kudin membawa diri hidup sbg rakyat di daerah Kula Muda bersempdan dgn Seberang Prai. Serombongan pengikut setianya diketuai oleh seorang tokoh dari Langkawi seringkzli menziarseorang tokoh besar di situ. Kzlau tak salah tokoh sosok itu digelar Tok Bakar Paras

      Delete
  11. sya ingin sekali mengenali dan mendekati keturunan tengku kudin.

    ReplyDelete
  12. salam....

    syed nahar jka sudi blh brhbg dgn sya...insylah jka kta dpat brhbg lg byk fkta sjrah yg akn d bgkar...sya anak jati kota kuala muda dn pgkaji sejarah kdah...sya blh d hbngi mllui emel: lavender.bizz@gmail.com

    P/s: Ana sheikh Z...

    ReplyDelete
  13. Ada sesiapa yg bole bagi tau yg mana satu Tunku Kudin yang berkahwin dgn Tunku Aishah anakanda Sultan Ahmad Tajuddin? Tunku Aishah adalah ennda saudara kepada Sultan Abdul Halim yg memerintah Kedah sekarang.

    ReplyDelete
  14. Maaf tumpang tnya adakah smua yg berketurunan syed mempunyai pertalian dengan syed zainal abidin..bagaimana jikalau syed yg dri sebelah perlis..mohon pencerahan dri yg arif..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    saya syed shamsul bin syed othman bin syed mansor bin syed harun al shahab...
    sudah lama saya mencari susur galur saya. alhamdulillah dengan teknologi yang canggih skrg saya dapat berhubung dengan atuk sedara saya Tok Ami Det dan Ami Nahar ( Syed Nahar bin Syed Mahadzar Shahab)...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Wow..Menarik cite sejarah nie.. Tp yg aku heran, klu tengku kudin meninggal kat kota kuala kedah, nape kubur tengku kudin ada kat pulau sayak? Tiap2 kali aku balik kg istri aku, aku mesti p sedekah fatihah kat beliau dan ada dua makam lg bersebelahan beliau. Pelik laa pulak.. Msg aku klu korang x caya.. aku tnjuk bukti.. 019-555 4679

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf.. Mkm di P. Sayak adalah milik tunku Haidar anak kpada tungku Diaudin... (Tunku kudin2) tunku kudin 1 ialah raja yg telah syahid menentg siam... Dan tgku kudin 2 ialah raja yg terlibat dgan perang selangor.... Dua org yg berbeza.

      Delete
  18. YA..ADA SATU MAKAM DI PULAU SAYAK..DAN JUGA KHABARNYA ADA SATU TELAGA YG BILAMAN BULAN MENGAMBANG AKAN BERWARNA KUNING..SESIAPA ADA PENCERAHAN

    ReplyDelete
  19. khabarnya juga ..keturunan kami dilarang makan ikan yu...kerana perang bisik yang pernah berlaku dulu..ini adalah sumpahan..wallahualam..sesiapa ada penjelasan

    ReplyDelete
  20. sapa boleh terangkan sejarah tunku saad bin tunku ibrahim bin tunku kudin

    ReplyDelete
  21. Untuk yang mencari, nenek saya adalah anak kudin yang telah dirahsiakan dn disorokkan di kawasan pendalaman seputih.kedah. nenek saya dinamakan sama dengan nama kakaknya yg mati.
    Sepanjang kehidupan nenek saya dijaga oleh penjaganya Waalahuaam. Serba sedikit yg saya tahu. -kudin bin kubun. Dan bukan raja siong.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum
    ada yg tau tentang keluarga arrifai yg berada di kedah.saya lagi mencari tau tentang keluarga arrifai.apabila ada tau,bisa hubungi saya di alwii639@gmail.com
    syukron

    ReplyDelete
  23. Ini ke Tunku Kudin yg terlibat dalam Peang Klang di Selangor? Tpi beliau syahid pada 1831 sedangkan perang Klang tu berlaku pada 1866?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain tu. Ada 2 orang tunku kudin. Nama asal keduanya berbeza. Kudin tu cuma surname

      Delete
  24. Shukran Alhamdulillah hebatnye tok neneku....sy slh seorgcucu drpd tok sblh perempuan sharifah zahrah bt Syed Muhammad bin Syed Hussein bin Syed Zainal Abidin( tungku kudin)

    ReplyDelete
  25. Penceritaan mesti dari sumber & kajian pakar Sejarahwan yg bertauliah .Dan mesti dibentang secara kumpulan yg arif & pakar.Ini hanya 1 pihak yg agaknkabur kebenaran peristiwa pd masa kejadian.

    ReplyDelete