"Bumi yang kita pijak ini adalah tanah tumpah darah kita... telah sentiasa kekal sebagai Tanah Air yang tercinta... Ada pun mereka-mereka itu telah mengorbankan diri demi mempertahankannya agar anak cucu Bani Jawi terus kekal di sini... Moga-moga kita adalah waris sebenar mereka-mereka itu... para Hulubalang Bani Jawi"

Pahlawan Tok Moris

Pahlawan Tok Moris atau Bomoh Idris merupakan salah seorang hulubalang dari bumi Kedah yang diceritakan pernah pergi bersama rakan-rakannya ke Bangkok dalam masa perang Perang Bisik untuk menyelamatkan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Sultan Ahmad Tajuddin II atau Almarhum Melaka ini telah diperdaya oleh tali barut musuh sehingga Tuanku ditangkap oleh angkatan Thai apabila pulang dari persembunyian dari Melaka. Tungku dipenjarakan di Bangkok dan pada masa itu tidak ada sesiapa yang berani pergi menyelamatkan Tuanku kerana takut dengan kehebatan angkatan Thai, tambahan lagi telah ramai angkatan Melayu telah ditangkap dan dipenggal kepala mereka serta dihimpunkan kepala-kepala itu semua di sebuah bukit di Bangkok.

Akhirnya, angkatan Tok Moris dengan hanya seramai 7 orang sahaja telah bergerak ke Bangkok serta membuat serangan hendap yang dasyat terhadap tentera Thai. Satu pertempuran yang sangat hebat dari segi keilmuan berlaku antara kedua-dua pihak. Dengan pakaian ilmu ‘sulam kalimah’ dari angkatan Tok Moris telah dapat menewaskan musuh dan berjaya memecahkan masuk penjara tentera Thai lalu Tuanku Sultan telah diselamatkan. Namun, kehebatan ilmu pahlawan Thai amat sukar dibunuh di bumi mereka sendiri maka pasukan Tok Moris mengheret para pahlawan Thai seramai 40 ke 50 orang ini dengan dicucuk rotan ke telinga tawanan kemudian diikat secara beramai-ramai dan dibawa pulang ke bumi Melayu (kampung Perupok). Di sana mereka ditahan beberapa hari sebelum dibunuh lalu kesemuanya di tanam di Kubur Panjang.

Anugerah Sultan:

Di atas jasa Tok Moris dan rakan-rakannya, mereka telah dianugerahkan Tanah Ampun Kurnia seluas seratus ribu relong. Tanah ini dikatakan luasnya bermula dari Kampung Patani di timur (arah dari Kubur Panjang) hingga ke Kampung Perupok di barat. Dari Mukim Lesong di utara hingga ke Sg Rambai di selatan.

Rakan-rakan Seperjuangan:

Ramai rakan-rakan Tok Moris telah turut serta berjuang bersama beliau dalam pertempuran sejak dari awal tahun 1817 sehinggalah membawa ke perang Musuh Bisik. Nama mereka-meraka ini adalah seperti Tok Imam Ha (Taha), Tok Git Nui (Taib Kecik), Tok Panglima Arshad, Tok Panglima Kecik, Tok Mo Syen, Tok Merah, Tok Kameh dan beberapa ramai lagi yang tidak dapat dipastikan nama atau gelaran mereka.

Senjata-senjata Tok Moris:

Senjata milik Tok Moris ada yang masih disimpan oleh waris pahlawan ini dan salah sorang cicit kepada beliau iaitu Haji Idris dikatakan masih menyimpan sebilah pedang yang berukuran lebih kurang 3 kaki panjangnya. Pedang ini yang boleh digulung menjadikan sebagai tali pinggang dan boleh menegak apabila digunakan sebagai senjata pentempuran. Selain itu masih terdapat dalam simpanan oleh warisnya sebilah keris pakaian Tok Moris.

PENEMUAN 1 :

Pahlawan Tok Moris ini merupakan keturunan dari Raja Ayutthaya iaitu Sharif Shah adik kepada Paduka Bonda (isteri pertama Tengku Muhammad Jiwa III). Sharif Shah dikatakan lari meninggalkan Ayutthaya ketika pihak Burma menyerang dan berhijrah bersama pengikutnya seramai angkatan baginda mengandungi 40 ekor gajah ke negeri Kedah dan membina kubu dan kota dan kemudian dikenali sebagai Kota Mengkuang.

Maklumat dan kisah Tok Moris ini telah diperolehi melalui rujukan di Arkid Negara dan sebahagiannya telah diceritakan oleh sejarahwan Kedah iaitu Almarhum Datuk Ismail Saleh pada tahun 2004 melalui sumber kajian dan temuramah beliau dengan keturunan tersebut. Dalam rombongan kami, sempat kami melawat kawasan tanah Ampun Kurnia dan Masjid Perupok di mana terdapat makam Tok Moris.

Akhirkata :

“Hulubalang Bumi Jawi seperti Tok Moris ini adalah amat penting bagi anak-anak Tanah Jawi. Dewasa ini terdapat beberapa blog sedang membincangkan kewujudan phulubalang sebenar yang mempertahankan Tanah Air, walaupun perbincangan di blog seperti ini masih terdapat pertikaian namun bak kata sejarawan “sejarah itu hidup”. Apapun kita sama-sama teruskan membongkar ketuanan Hulubalang kita dan InsyaAllah di satu hari yang terdekat ini, Hulubalang sebenar Bani Jawi akan menjadi sumber kekuatan semangat dan iktikad anak-anak di Tanah Jawi ini agar bersatu dan cekal mempertahankan yang haq”

Penulis yang mencatat

36 comments:

  1. Sebenarnya tapak tawanan Siam itu dibunuh terletak di pinggir kawasan sawah padi bersempadan kawasan paya ke belakang Balai Polis Kubor Panjang yang lama.(Balai Polis Kubor Panjang yang baru sekarang ada di hadapannya 'Kubur Panjang' yang sememangnya luar biasa panjang.Anda yang berminat boleh kesana untuk membuat kajian atau sekadar melihat.)Jangan terkejut bila anda lihat orang berserban,berkopiah,bertudung berkomunikasi sesama mereka dalam loghat bahasa siam versi tempatan-'bukti hidup' bahawa warga asal kawasan ini dan sekitarnya adalah kesinambungan dari sejarah lama 'Kedah-Siam'

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara kerana telah menceritakan serba sedikit sejarah tok moris.saya rasa inilah laman pertama yang menceritakan dengan lebih terperinci tentang tok moris.cuma yang musykil sikit adakah sharif shah yang saudara sebut adalah orang yang sama dengan Syarif Abu Bakar Syah Yang DiPertuan 1767-1821 sebab adik beliau bernama Puteri Nang Che Puan telah berkahwin dengan Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin dan Nang Che Puan telah menjadi raja perempuan ayuthia.

    ReplyDelete
  3. Semasa Sultan Muhammad Jiwa merantau mencari ilmu agama, Baginda telah berguru dengan Sheikh Abdul Jalil yang merantau bersama ke merata tempat, dari Palembang ke India dan kembali ke Ayutthaya. Sheikh Abdul Jalil juga dipercayai merupakan guru kepada Raja Ayutthaya. Di sinilah Sultan Muhammad Jiwa telah berkahwin dengan Paduka Bonda. Kemudian Baginda telah kembali ke Kedah dan menaiki tahta sebagai sultan dan memerintah negeri sehinggalah ke Ranong, mengikut kisah dari satu pihak.

    Kisah perjalanan ini boleh di rujuk pada tulisan 'Cerita kasih Berguru' di blog http://ponpakya.blogspot.com/2008/06/mencari-panglima-ismail.html

    dan usaha lawatan ke kawasan2 yang terlibat di atas boleh di rujuk pada rombongan 'jejak warisan jawi' di blog http://jejakwarisanjawi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. maksud saudara Sultan Muhammad jiwa tersebut adalah orang yang sama dengan adik ipar Syarif Abu Bakar Syah Yang Dipertuan ke?

    ReplyDelete
  5. salam,
    Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin telah berkahwin dgn Nang Cik Puan Paduka Bonda iaitu adik bongsu kepada Sharif Shah

    ReplyDelete
  6. salam,bagaimana saudara boleh tahu yang Tok Moris berasal dari keturunan Syarif Abu Bakar Shah Yang Dipertuan.boleh saudara tolong jelaskan...

    ReplyDelete
  7. Dalam mengkaji sejarah banyak penemuan-penemuan baru yang akan kita jumpa. Maka sebagai pengkaji sejarah hendaklah kita sentiasa bersedia menerima fakta-fakta baru, yang paling afdal ialah dengan berjumpa waris yang masih ada.

    Walaubagaimanapun, sejarah kedah-siam ini akan dibongkar habis-habisan sehingga kita mendapat keputusan yang tepat daripada segala sudut.

    Perlu diingat ada tiga golongan yang akan datang menceritakan sejarah ini: 1. golongan raja, 2. golongan ulama 3. golongan panglima. Masing mempunyai secubit kesah yang akan dibentangkan. dan disitulah nanti akan disulam menjadikan kembali ikatan kasih yang telah lama terlerai.

    wassalam.

    ReplyDelete
  8. Berkenaan dengan 7 pendekar Melayu yang menggunakan ilmu sulam kalimah untuk berentap dengan panglima thai itu adalah kesah cerita tentang kehebatan ilmu perang Panglima Siam/Melayu yang bukan calang2.

    Sebabnya Syarif Syah itu adalah Panglima Besar Siam - gelaran yang diberikan padanya. Begitu juga dengan kesah Tragidi Kota Mengkuang yang tiada dalam kisah ASNK.

    Cuma yang menjadi persoalan adakah benar 7 panglima ini pergi menyelamatkan SATII yang berada dalam kurungan di Bangkok?

    Siapa yang memperdaya SATII sampai tertangkap bawak sampai Bangkok?

    Atau mereka bertujuh pergi atas arahan (jika waktu perang musuh bisik 1821 selepas Syarif Syah dibunuh maka angkatan perang dibawah pimpinan Sultan Muzaffar Syah 3 atau Po Chan dan kemudian Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin) untuk seret SATII balik ke Kedah atas pengkhianatan beliau dan kemudian lari pulak SATII ke Melaka bersama kapal British lalu digelar Marhum Melaka?

    Sebab kes Sultan Kedah lari ke Melaka ini(kononnya pada anggapan British ini) ada terkesah dalam beberapa buah buku yang berkait dengan zaman Munsyi Abdullah. e.g: Percetakan Awal Jajahah Selat...

    Soalan lain masa bila SATII dibawa ke Bangkok? Selepas Melaka atau sebelum Melaka?

    Tanah Ampun Kurnia ini adakah benar dianugerahkan oleh SAT11 sedangkan beliau dok kelam kabut lari sana sini dan sampai digelar marhum Melaka?

    Menurut journal saya, keluarga Tok Moris (Raja Kota Setar) masih ada di Pendang dan ada satu kampung ngan keturunan Syarif Abu Bakar Syah.

    Baik saya bukan ingin menafikan kisah sejarah 7 Panglima Siam/Melayu tersebut, cuma jika sejarawan Almarhum Dr Ismail Salleh turut mengambil cerita dari waris Syarif Syah, maka ini membuktikan Syarif Syah itu benar wujud dan sudah tentulah sejarah baginda yang cuba disembunyikan oleh puak-puak pengkhianat Perang Musuh Bisik sampailah ke hari ini.

    Secara logiknya pucuk pangkal sejarah realiti negara kedah ni ada pada sejarah Syarif Abu Bakar Syah yang telah digelapkan.

    Manuskrip UUK itu antara sumber yang perlu dijadikan rujukan.

    wassalam.

    ReplyDelete
  9. salam... byk juga rahsia tok moris yang masih lagi tersimpan.diharap ada lg byk pihak yang dapat membongkar sejarah tok moris supaya keturunan tok moris dapat mengetahui kehebatan moyang mereka.terima kasih..

    ReplyDelete
  10. Kisah 7 Hulubalang yang ke Bangkok ini di ambil dari waris mereka yang berada di Satun.. Kisah ini cukup menarik perjalanan ceritanya. Kisah ilmu mereka dan bagaimana mereka dapat menewaskan musuh berbangsa Thai. Dalam kisah inilah berlakunya sebahagian dari 7 ini terpaksa berpecah... ada yang tinggal di bahagian Siam dan ada yang kembali ke Kedah. Namun kisah secara detail tidak dapat dipaparkan di sini kerana akan ada mereka-mereka akan tersinggong.

    Begitu juga dengan kisah SAT yang ditangkap dan dibawa ke Bangkok. SAT tidak ada bersama dalam majlis di kota Kuala Kedah semasa Thai menyerang dalam tahun 1821. SAT cuba lari ke Pulau Pinang namun dinasihatkan ke Melaka sebab itulah SAT mendapat gelaran Al-marhum Melaka. Namun di panggil balik ke kedah kononnya Thai ingin serah balik negeri tetapi ditangkap dan dibawa ke Bangkok. SAT katanya terpedaya dengan salah seorang kerabat yg baik dengan Thai (tidak mahu menyebut nama disini).

    Dikisahkan salah seorang pembesar negeri kedah yg turut tertangkap dan dibawa ke Bangkok telah mengutuskan surat kepada keluarganya dengan bersumpah agar anak cucu beliau jangan sesekali percaya kepada Bangsa ........... (tidak mahu menyebut disini) kerana bangsa Thai telah berpakat bangsa .......... ini sehingga negeri Kedah Jatuh di tangan bangsa Thai dengan penuh muslihat.

    [dengar lagu 'Perang Musuh Bisik' verse permula 'mereka datang
    menerjah dengan muslihat bersama bangsa penipu']

    Mengenai tanah ampun kurnia: rekod di Pejabat Tanah dan Daerah Pendang, Kota Setar, menunjukkan tanah-tanah itu telah dipecah-pecahkan dan diberi hakmilik, hanya tinggal lebih kurang 500 relong sahaja masih menjadi tanah kerajaan negeri di Mukim Rambai (L52 Loks. 133/46, L53 Loks. 134/46, L68 Loks. 149/46, L69 Loks. 150/46 dan L75 Loks. 156/46. CP. 12134)

    ReplyDelete
  11. salam ponpakya...terima kasih kerana memberi byk info yg logik akal.minta saudara emailkan maklumat yg lebih detail ke email saya kubangpisang@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. salam kpd Anonymous OCTOBER 6, 2010 11:05 AM,

    mohon berhubung dengan saya di ponpakya@gmail.com agar dapat kita berkenalan supaya dapat kita bertukar2 nota.

    IsyaAllah saya akan berhubungan dengan anda selepas saya kembali dari Bangkok nanti.

    ReplyDelete
  13. salam...erm tahniah berjaya membuat blog ...ni
    naik seru saya bila membaca kisah tunku kudin...betapa mulia yer bangsa melayu..betapa hebat yer pahlawan melayu...bila bangsa dan agama di injak oleh bangsa asing....semoga roh beliau bersama para syuhada yg terbilang...

    ReplyDelete
  14. SALAM SEMUA.....SAYA MINTA MAAF YA......SAYA SEDANG MENCARI JURAI KETURUNAN SAYA YANG ADA KAT KOTA KUALA MUDA KEDAH..KALAU ADA ORANG KOTA KUALA MUDA YANG TAHU .....NAMA TOK SAYA TOK AWANG .5 BERADIK KE KUALA SELINSING .....(3) ORANG BERPATAH BALIK KEKOTA KUALA MUDA TINGGAL (2) ORANG DIKAMPONG SAMA GAGAH SELINSING.SAPA SAPA YANG TAU ATAU KALAU ORANG TUA TUA KAT KOTA KUALA MUDA YANG TAHU .TOLONG EMAIL SAYA.kazam777@yahoo.com TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  15. Asalamualaikum...
    Saya mencari kisah Panglima Hitam negeri Kedah yang mengepalai "Lang Merah" dan Panglima Nayan merupakan pengikut paling bongsu...terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Salam dari anak kg perupuk, kubur panjang

    ReplyDelete
  17. Salam,, saya adalah cicit kepada Tuan Guru Hj Idris cicit Tok Moris.. adakah benar Tok Moris adalah dr keturunan Merong Mahawangsa?? bolehkah terangkn?

    ReplyDelete
  18. salam kepada cicit Tok Moris, elok lah sdr/i rujuk salasilah keturunan merong mahawangsa ini dengan Long Nai Kasim. Kalau tak salah saya, saya ada melihatnya satu ketika dulu di tangan Dato' Ismail Salleh tetapi tidak sempat mendapat salinan. Pada ketika itu saya memberi tumpuan kajian terhadap pahlawan2 melayu yang menyelamatkan negeri kedah..

    ReplyDelete
  19. sebenarnya, saya salah seorang waris tok moris. ayah banyak ceritakan pasal tok moris ni. ramai waris2 tok moris sendiri yang tak kenal siapa moyang mereka.

    ReplyDelete
  20. salam...
    mmg pown bnyak yg kita tidak ketahui mengenai tok moris...saya sendiri pown masih mencari susur galur keturunan tok moris..saya difahamkan bahawa sya adalah keturunan yg ketujuh..saya juga adalah cicit tuan guru hj idris cicit tok moris...kalau boleh tlg buat satu laman web mengenai waris keturunan tok moris..

    ReplyDelete
  21. Salam...ya saya juga...saya harap ada web utk keluarga kita mengetahui lebih detail ttg moyang kita....

    ReplyDelete
  22. Salam Tok Moh Reh atau Syed Idris ibni Syed Mohammad Hatta adalah Panglima Kedah dan juga Raja Kota Setar ..anakanda beliau juga seorang Panglima Perang yang bernama Syed Zainal Abidin atau Kudin...saya juga adalah dari susur galur yang sama cuma saya dari Syed Alang Alauddin - keturunan Raja Nai Long Abu Toha..sapa2 dari susur galur Sharif Yang Dipertuan dijemput sertai Facebook di- muzaffarshahi@ymail.com ..boleh kita kenal2 dan eratkan siratul rahim kekeluagaan keturunan..ada juga waris tok moh reh yg dah sertai kumpulan waris ini ..

    ReplyDelete
  23. terima kasih kepada penulis artikal dalam sejarah negeri kedah.berkaitan hulubalang kedah tok moris dan sahabatnya memang apa yang ditulis adalah benar..syukur kepada Allah SWT kerana dengan adanya kisah sejarah pahlawan kedah ini supaya genarasi akan datang dapat merasai pahit getir pegorbanan mereka kepada bangsa,agama dan tanah air tercinta dan dapat mengimbau sejarah silam...roslan

    ReplyDelete
  24. Salam...

    Saya merupakan keturunan ke-7 Tok Moris...Moyang saya Amina yang ceritakan segalanya kepada saya...Haji Idris yang tinggal di Kubur Panjang tu merupakan anak saudara moyang saya...memang betul Sultan Kedah dulu hadiahkan tanah kepada Tok Moris sebab atuk saya pun dapat juga sebidang tanah sebanyak 40 relung..Tapi menurut moyang saya,sesiapa cucu cicit Tok Moris perlu merahsiakan cerita dan identiti asal usul Tok Moris kerana pihak siam masih berdendam..itu cuma menurut cerita moyang saya...moyang saya masi hidup...beliau merupakan keturunan ke-4 Tok Moris...Beliau kini tinggal bersama anak perempuannya di Kuala Nerang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakah saudara/saudari?? saya cicit tok amina..anak perempuan yang jaga dia sekarang tok menakan aku, tok njang..perkenalkan diri anda plez...

      Delete
    2. Pembetulan...tok amina bukan keturunan tok moris...arwah suami dia yang keturunan tok moris...isteri tidak mewarisi keturunan tetapi anak lelaki lebih kuat mewarisi berbanding anak perempuannya...

      Delete
  25. Ya betul, diceritakan oleh mak saya, umur dah 80 lebih sekarang ni. Kalau org Thai tahu kami keterunan Diraja Kedah zaman perang Musuh Bisik dulu depa akan bunuh.

    ReplyDelete
  26. cicit kpada tok moris Haji Idris ayah tokwan tok saya...agak jauh....xpenah pun tnya tok psal ni..mak ja slalu crita....

    ReplyDelete
  27. assalammualaikom ......saya selalu dengar tokwan dok cerita kisah kepahlawanan tok moris dan sampai sekarang pun keluarga saya kat kampong kolot masih mendiami tan ah ampun kurnia untuk pengetahuan semua tanah milik tok moris x boleh di diami oleh org luar dari keterunan tok moris ,tok nek saya lebai hamzah

    ReplyDelete
  28. ada sapa sapa yang kenal ngan lib nyek(talib) kami waris dari keturunan tok moris ...boleh kongsi maklumat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ujud nm abu bakar sharif shah dlm uuk.

      Delete
  29. Assalamualaikum admin ponpakya..sya nk mintk ponpakya menonton movie queen of langkasuka arahan thai di youtube pn ada kalau ponpakya dh tgk sblm ni blh trangkan serba sdkit krana sya msih musykil pihak mna yg disebelah kita krana dlm perang didalam cerita itu dua2 pihak lengkap baju melayu dn memakai keris lmbang kekuatan..ponpakya lebih arif tentang sejarah kedah yg lebih dlu gah dan mengamal ilmu al-quran 100% sblm melaka..mohon jasa baik ponpakya dlm memahamkn..sya dri seberang perai.. Email asrulaliffabdhalim@yahoo.com

    ReplyDelete
  30. Salam tuan....bagaimana boleh berhubung dengan tuan.email says almulk.almuk@yahoo.com

    Mohon jasa bail tuan..

    ReplyDelete
  31. Haji Idris tu tokwan kepada tok saya la...jauhnya..

    ReplyDelete
  32. Pedang lembik digulung dalam bejana dari tikar mengkuang seperti tali pinggang masih elok disimpan di Kg KubangPisang Pendang kedah.

    ReplyDelete