Pejuang Melayu buktikan bumi bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur
“MASYARAKAT kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapa Panglima Awang.”
“Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Beliau adalah bangsa pertama membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat,” kata penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar mengenai peristiwa besar bangsa Melayu itu yang kini mulai hilang dari lembaran sejarah negara ini.
Suasana hening di pejabatnya di Bandar Manjalara, Kuala Lumpur seolah-olah menggambarkan kesayuan yang terdetik di jiwanya tatkala mengenangkan sejarah Panglima Awang. Ada nada kesal dalam intonasi suaranya ketika menceritakan mengenai pahlawan Melayu itu.
Walaupun Panglima Awang pernah menobatkan martabat bangsa di persada dunia, anak-anak kecil hari ini sudah tidak mengenali jasa mahupun siapa lelaki itu.
Jasa Panglima Awang bukan kecil. Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan bahawa bumi leper adalah salah. Beliau sebaliknya membuktikan bumi itu bulat dan menghubungkan Timur dengan Barat.
“Sejarah besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511,” sambung Dr Tuah seterusnya memulakan kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia, sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka, anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.
Rakan-rakan lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan meluapnya semangat mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.
Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda Melaka lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.
Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya.
Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.
Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.
Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.
Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.
Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.
Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.
Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.
Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.
Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.
Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.
Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.
Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.
“Mengikut catatan novel sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali semula ke Melaka selepas bertahun berada di tanah asing,” kata Dr Tuah menamatkan kisah perjalanan wira Melayu yang tidak didendang itu.
FAKTA Panglima Awang
Asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui.
‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.
Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Figafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu.
Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.
PROFIL
Nama sebenar: Tidak diketahui
Gelaran: Panglima Awang, Enrique, Henry The Black, Henrich, Ariberto, Espinosa.
Asal: Melaka (lahir sekitar zaman kejatuhan Melaka)
Bangsa: Melayu
Sumbangan: Manusia pertama mengelilingi dunia dan membuktikan Bumi adalah bulat.
Oleh Nasron Sira Rahim
dipetik sepenuhnya dari : http://hanzoushinrei.blog.friendster.com
Malaka Haji Mi Malaya - tulisan yang terdapat dalam gua di El Savador seawal kurun ke 13.
ReplyDeletePanglima Awang juga adalah panglima yang amat terkenal di tanah Melayu iaitu Panglima Hitam. Pelbagai nama dan gelaran tetapi orangnya satu jua
ReplyDeletebukan ke Panglima Hitam terkorban waktu cuba menenggelamkan kapal Flor De La Mar Portugis....baca kisah hang nadim
DeleteAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
ReplyDeletesalam hormat kepada tuan empunya Blog, 'Hulubalang Bani Jawi' salam hamba menumpang lalu,
segala puji dan pujian itu hanyalah kepada Allah Azzawajalla,
'membujur lalu, melintang patah'
sesungguhnya tuan tidak bersendiri.
salam hormat juga kepada Tuan 'The Malay Press', saya kagum dengan minda tuan, dan takdir juga telah menemukan kita disini,
'Malaka Haji Mi Malaya'
'Handy Black'
'Henrich - The Black'
'Panglima Hitam'
'Panglima Awang hitam'
maka beruasaha dan berdoalah, sesungguhnya nada suara hati kita ini adalah sama,
salam hormat dari saya, salam penuh kasih sayang,
-ZR
asslamualaikum, mmg betul kisah panglima awang ni. nama gelaran dia byk sgt ada kata megellan tu dia. aku pernah dgr cerita ni masa aku bertanya kt org2 tua cerita psl kapal. awang ni bkn setakat dia pandai kemudi kapal. malah dia jugak pandai hasilkan kapal berkualiti dan tahan berbulan2 utk perlayaran.
ReplyDeletesedikit komen saya mengenai Enrique nih
ReplyDeletehttp://malayneum-kudabesi.blogspot.com/2009/05/enrique.html
mengikut forum mengenai panglima awang yg pernah diadakan di suk melaka panglima awang nih akhirnya convert ke kristian...
ReplyDeleteni ape yg member aku yg kije muzium bagitau ler
muor76...
ReplyDeletesaya juga pernah mendengar beliau di 'Baptiskan' di tanah orang...namun setahu saya ketika itu akidahnya masih kukuh...maklumlah,hamba/kuli...boleh diperlakukan apa saja...
tapi sejarah dari perspektif KITA kata,beliau tetap Islam...
wassalam
-betulkanapayangsalah-
Sedih pun ada baca kisah hulubalang ini tetapi sangat2 bangga..banyak yang tidak kenal dengan mereka...sejarah orang2 melayu. Makin lama makin dipinggirkan contohnya di KL hanya tinggal stesen Abdullah Hukum. Tapi ramai yang tidak tahu siapa Abdullah hukum itu?????
ReplyDeleteSalama,
ReplyDeleteBangsa Melayu adalah bangsa yg telah di takdirkan menjadi bangsa yg hebat. Bangsa ini adalah pewaris nabi2 dan para rasul. Mereka ini wujud sejak sekian lama dgn tamadun yg hebat. Mereka adalah penganut agama nabi ibrahim dan mepunyai kerajaan2 yg besar seperti Malaka (Raja) yg menguasai seluruh nusantara sehingga cina, india dan jepun membyr ufti kpd raja Malaka. Al quran di turunkan untuk penganut agama nabi ibrahim untuk membetulkan semula ajaran yg telah terpesong, bagaimanapun ianya telah di dominasi oleh org arab. Hanya org Melayu shj yg boleh menggunakan tulisan jawi untuk 2 bahasa iaitu Melayu dan Arabia. Arabia merupakan bahasa tertua di dunia, ianya adalah bahasa nabi2 dan rasul2. Semua kitab2 di turunkan dlm satu bahasa iaitu arabia dan huruf2nya adalah sama spt huruf2 jawi. Musuh2 tuhan cuba menghilangkan jejak tulisan jawi kerana mereka khuatir org2 Melayu akan membangkitkan semula agama nabi ibrahim. Apabila tanah Melayu di jajah, perkara pertama yg diperbuat ialah mengambil segala khazanah2 ilmu di perbendaharaan negara dan membawanya pulang ke negara mereka. Khazanah2 yg di bawa lari termasuklah taurat, zabur dan injil yg asalnya dlm tulisan arabia/jawi. Khazanah2 ilmu ini dikaji dan kemudian di majukan seolah2 ianya hasil kerja mereka. Jgn terkejut jika kebanyakan ilmu di dunia ini asalnya dtg dari ketamadunan org2 Melayu. Sejarah bangsa kita kemudian di ceritakan menurut kacamata penjajah. Mereka merancang, tuhan juga yg merancang dan perancangan tuhan maha teliti. Hamba di amanahkan tuhan supaya membangkitkan semula bangsa hamba dan sekali lagi menakluk dunia. Kebenaran hanya terdpt di dlm kitab2 yg di turunkan tuhan kpd manusia. Semoga dunia sekali lagi memperolehi keamanan dan kesejahteraan. http://alya-diyanah.blogspot.com
Salam Tuan Nasron Sira Rahim;
ReplyDeleteSekedar makluman mengenai Mahadaya yang sebenarnya tukang maha-pedaya yang sangat licik.
Dia mengaku telah naik kelangit berjumpa tuhan dia membuat pembetulan. Dia dakwa sembahyang fardhu lima waktu berjumlah 19 rakaat. Dia dakwa Muhammad Rasulullah s.a.w. menyembunyikan dua rakaat dan mengajar ummat baginda hanya 17 rakaat. Dia mengaku sembahyang 5 waktu 19 rakaat.
Kini dia berpusing keliling saibermaya menyebarkan ajarannya. Kami membelasahnya di blognya tanpa memberi ruang. Akhirnya setengah daripada kami diblok tidak dibenarkan masuk ke blognmya lagi.
inilah kami sampai disini mencarinya. Sila awasi dia ini. Dia merusak Islam dari dalam. Amat kuat pegangannya bahawa Nabi Ibrahim a.s. itu ialah Brahma dari methos hindu Mahabaratha. Hakikatnya dia menuduh Nabi Muhammad s.a.w. tidak siddiq, amanah, tabligh atau fatonah.
Eh .... tuan Mahadaya, sila ceritakan agama baru yang tuan bawa, iaitu yang tuan sebagai nabinya.
Tuan Nasron Sira Rahim, yang peliknya Mahadaya ini tuduh Al Qur'an sudah rusak. Tapi dia menghujjah orang dengan ayat-ayat Qur'an juga .... errr maksud saya dengan ayat Qur-an mengikut tafsiran dia sendiri.
Maha(pe)Daya, kalau benar engkau jantan lagi pandikar, sila benarkan saya masuk dalam blog tuan. Pengecut. Atau sila ke blog saya.
Tuan hamba Dal, blog hamba telah dinyahaktifkan. Hamba kini membangunkan laman blog baru iaitu http://1asalama.blogspot.com
ReplyDeleteTuan hamba fitnah hamba di sini, hamba hanya menyampaikan isi al quran. Sudah semestinya kebanyakan manusia tidak beriman dgn al quran dan hamba hanya menyampaikan al quran sebagai alasan apabila malaikat bertanya kelak, maka telah hamba sampaikan kpd manusia dan manusialah yg selalu membantah ayat2 tuhan apabila di suruh beriman.
Bulan telah mengandungi air di permukaannya dan sifat air menghakis. Ini antara peringatan di dlm al quran.
ReplyDeleteTelah dekat saat itu dan telah terbelah bulan. (1) Dan jika mereka melihat sesuatu tanda, mereka berpaling dan berkata: "sihir yang terus menerus". (2) Dan mereka mendustakan dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya.(3)Al Qamara
Panglima Awang sebenarnya dari Terengganu. Fikir² kan lah. Andai kamu masih keliru, ambil kitabmu agar tak buntu.
ReplyDeleteakula cicit awang hitam...
ReplyDeleteAssalamualaikum w t w :
ReplyDeleteSiapa yang mengatakan Panglima Awang dari Melaka atau Terengganu? Cuba kalian baca laporan yang ditulis oleh Fegafetta pencatat yang mencatat pelayaran Ferdinand Magellan. Panglima Awang sebenarnya berasal dari Sumatra ( anak Minangkabau ) dan ini ada tercatat dalam trombo Minangkabau walau pun bukan disebut sebagai Panglima Awang.
Mengikut dapatan terbaru Panglima Awang juga tidak hilang misteri begitu sahaja. Setelah Magellan terbunuh di Mactan Sibu Filipina, beliau telah belayar menerusi kapal dagang Brunai dan bukan kembali ke Sepanyol, kerana kapten yang mengambil alih kapten Magellan itu sangat benci kepada Panglima Awang disebabkan beliau menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Magellan semasa hidupnya. Beliau kembali ke Sumatra untuk berubat dan kembali ke Melaka tetapi Portugis masih berkuasa. Oleh itu beliau telah menetap di Linggi N.Sembilan dan menukar namanya kepada Dato Laut Dalam. Bernikah dengan perempuan tempatan dan pernah menyerang Portugis di Melaka. Anak beliau sendiri mengetuai angkatan perang itu untuk menyerang Portugis. Aanak beliau kemudiannya menjadi Undang Rembau Ke 2. Mengapa beliau menukar namanya kepada Dato Panglima Dalam? Untuk mengelakkan daripada dikesan oleh Portugis sama seperti tektik Mat Kilau menukar namanya kepada Mat Siam supaya tidak dikenali oleh British masa itu. Beliau dan krewnya menetap di sebua perkampungan di Rembau, Negeri Sembilan sehinga ke akhir hayatnya. Makam beliau masih ada di Rembau sehingga ke hari ini. Ini dibuktikan oleh beberap artifek dan dokumen yang masih dapat diselidiki seperti terombo NS, alatan seperti jam,teropong, dan sebagainya yang masih tersimpan dengan baik oleh anak cucu dan keturunannya di kampung tersebut iaitu Kg Tebat Batu.
Kalau begitu maka usaha kita seterusnya ialah menentukan kebenaran dapatan sejarah ini dan mengangkat kembali kegungan sejarah Panglima Awang ke tempat yang sewajarnya.......Insyaallah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan N.Sembilan akan melakukan sesuatu ke arah ini...Sama2lah kita berdoa.....
SERIKANDI
ReplyDeleteKisah Pelayaran Panglima Hitam ini pernah saya terbaca masa kecil dahulu. Kepahlawanannya dceritakan dgn begitu baik sekali.Saya dah lupa siapa penulisnya itu, masih dalam pengaruh bahasa klasik. Adakah lagi buku itu atau salinannya pd hari ini? Mengapa tiada penulisan buku yang khusus seperti itu lagi seperti naskah asal pelayarannya itu.
Panglima Awang was a very high ranking official in the Malacca sultanate. At the same time he was also a Portuguese collaborator. He had never been a slave throughout his life except for being the subject of the Malacca Sultan to whom Panglima Awang had served loyally. Panglima Awang changed his allegiance to Alfonso de Albuqueque and thus become another King of Portugal's subject on 16 July 1511. Panglima Awang fought on Portugal's side and eventually help Alfonso de Albuquerque capture Malacca in late August 1511.
ReplyDeleteany evidence such as journal, letter or transcript or what ever modern historian do to get fact straight to support your allegation? . . .. . thought so
Deletemaaf saya mencelah...
ReplyDeletebanyak versi yang kita dengar namun percayalah semua itu hanyalah sekadar bertujuan mengaburi kita sahaja. begitulah liciknya permainan Yahudi yang sentiasa cuba memecah belahkan umat Islam.
Bagi saya tak kisahlah dari mana asalnya janji beliau seorang Melayu Nusantara yang diambil dari Melaka. Mengenai beliau convert ke agama Kristian memang itulah kesemua versi mencatatkan, malahan berkahwin namun saya tertarik dengan satu catatan namun tak pasti dari mana.
Panglima Awang melarikan diri selepas berlaku pemberontakan trsebut sehingga beliau smpai ke Brunei. Ketika di Brunei beliau bertemu dengan Panglima Hitam yang ketika itu menganggu perdagangan Portugis di Nusantara.
beliau akhirnya pulang ke Melaka bersama Panglima Hitam dan menjadi manusia pertama mengelilingi dunia malangnya Yahudi mengiktiraf kalangan mereka yang melakukannya. Panglima Awang kemungkinannya kembali menganut Islam dan bersama Panglima Hitam meneruskan perjuangan menganggu perdagangan Portugis di Melaka serta menjadikan Pulau Besar antara lokasi persembunyian mereka. Wallahu alam...
Adakah panglima awang dan panglima lidah hitam yg membelah batu besar di pulau besar itu orang yg sama ? Jika benar,bermakna makamnya yg di parit sakai laut,muar itulah ! Perlu kajian. .
ReplyDeleteTERUSKAN PERJUANGAN!!!
ReplyDeleteAdakah Panglima Awang Bagan dalam Siri Laksamana Sunan oleh Ramlee Awang Murshid orang yg sama dgn Enrique? Baca siri ini membuatkan saya keliru dgn sejarah.
ReplyDeleteRosli
ReplyDeleteMemang nama Panglima Awang diberi oleh penulis kerana nama sebenar beliau tak diketahui tetapi wujud dalam lagenda orang Portugis sebagai Enrique de Mallacca. Ini jelas dia orang melayu beragama islam.
Kenapa saya berani mengiakankanya?
1.Kenapa Magellan begitu baik dengan beliau sehingga macam adik-beradik pergaulannya?
2.Kenapa juga Alfonso penjajah Melaka suka dengannya?
Sebenarnya sejarah Portugis kurang bercerita mengenai Enrique de Mallacca, jawapan mudah dia bukan orang Portugis. Tetapi membuat mereka suka dengan Awang kerana ada satu peristiwa dimana selepas melaka ditawan.Orang Portugis menempatkan tawanan didalam kapal menunggu selama 6 bulan untuk belayar ke Goa (India).
Awang memang rajin buat kerja mencuci kapal dan kelebihan dia cepat memahami bahasa Portugis, jika orang Portugis hendak memberitahu sesuatu dengan hamba, Awanglah orang yang diberitahu dahulu sehingga senang hati Alfonso. Awang macam dilantik menjadi Sang Serang(bahasa orang kapal : Skipper) sebab kerja-kerja mengayuh, naik layar, turun layar dan banyak lagi dibuat oleh hamba-hamba melayu. Disinilah Awang menunjukkan kepandaiannya mengemudi kapal yang sememangnya beliau adalah nahoda sebelum ditangkap.
Bila tiba masa berangkat ke Goa beliau menjadi Sang Serang/Nahoda kapal yang dinaiki oleh Alfonso yang sukakan beliau.
Tak salah saya ada 3 kapal berangkat ke Goa yang dikepalai oleh Alfonso, Lopez De Squerra dan Magellan
Bila sampai di laut lepas barat Sumatra utara Acheh kapal mereka dilanda ribut dan kapal Magellan telah tenggelam, semasa peristiwa itu berlaku ramailah hamba-hamba melayu terjun menyelamatkan anak-anak kapal Magellan tetapi yang nyata ketika itu Awang telah berjaya menyelamatkan Magellan. Inilah yang menyebabkan Magellan mengambil Awang ditangan Alfonso sebagai hamba peribadi beliau.
ReplyDeleteMagellan seorang yang bengis,ego dan suka adventure sebab itu kena regu dengan Awang tetapi Magellan bukan ahli agama sebab tu Awang tidak dibaptiskan hanya khuwatir takut orang Portugis atau Sepanyol apa-apakan Awang lantas menukar nama Enrique..
Peristiwa Magellan mengkristiankan orang Cebu dilaksanakan mubalig Kristian yang turut serta dalam ilmu pelayaran, itu adalah sebahagian janji Magellan kepada Raja Sepanyol.
Kesimpulan :
Mari kita amati balik kenapa peristiwa Awang belaku,
Bila sampai di Sepanyol Raja dan sejarawan mengembar-gemburkan kehebatan orang sepanyol hingga menobatkan Elcano sebagai manusia pertama megelilingi dunia.
Teapi bila Figafetta (orang Itali)mencetak bukunya selepas sembilan tahun berlalu, dunia barat mula mengiktiraf Magellan sebagai manusia pertama mengililingi dunia.
Saya rasa buku Figafetta pun diolah sebab Enrique dan
Magellan sama-sama dari Melaka ke Filipina dan Magellan mati Enrique hilang dari sejarah.
Ini yang menobatkan Magellan sebabai orang pertama.
Logik sejarah : macamana dengan ketiadaan Magellan dan Enrique, Elcana boleh belayar ke Maluku tak sampai 2 minggu tetapi hendak ke Sepanyol mengambil masa hampir 2 tahun.Saya pecaya Awanglah orangnya yang mebawa kapal ke Maluku dan beliau turun ke Maluku balik keMelaka, mungkin itu perjanjian Elcano dengan Awang.tetapi dengan menghilangkan Enrique di Filipina menampakkan Magellanlah orang yang sesuai diberi darjat Orang Pertama Mengelilingi Dunia.
Apapun kebiasaan orang melayu, katalah dia dia tiada dikapal dan ada di Cebu mesti mencari jalan pulang ke rumah(Melaka). Ini soal naluri, orang jahat pun kalau lari dari penjara mesti balik rumah.
Sebenarnya ini adalah ketentuan Allah mengaturkannya.
Saya percaya memang Allah yang menentukan Awang orang Islam yang pertama mengililingi dunia.
Kita lihat sejarah penting Dunia.
ReplyDelete1. Orang pertama menjejak kaki ke bulan Luis Amstrong dan beliau sekarang orang islam.
Bagaimana boleh Amstrong masuk Islam, semasa di dibulan Bumi yang mengadap bulan adalah barat dan berpusing ketimur ketika itulah kedengaran azan subuh yang datang dari rantau Nusantara.(tak tahulah siapa punya azan yang sampai kelangit macam Bilal bin Rabah)bermula dari itulah beliau sampai kebumi mencari suara itu dan terjumpa terus masuk islam, ringkasnya.
2.Bangunan apakah tertinggi didunia.oklah sekarang AlBurj tetapi kekal ke? Taktahu kerja Allah
Tahukah anda Bangunan tertinggi didunia dari sebelum masihi ke tahun 1900 : itulah Pyramid yang dibina oleh orang Islam. 1900-2000- Menara Petronas orang, islam punya.
Sejarah Menara Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia memang kerja Allah dan cara ditabalkan cukup menarik.
Pada tahun 1996 Petronas ingin membina bangunan berkembar setinggi 88 tingkat dan melantik Arkitek Cesar Pelli dari Argentina untuk pelan senibina tetapi secara tidak segaja telah membina bangunan tertinggi di dunia setelah pelan tersebut dihantar ke badan CTBUH (badan pengiktirafan)Dr Mahathir terkejut dengan pengiktirafan ingin pertonas membinnya dengan segera kerana tahun berikut juga pihak Jepun telah menghantar pelan bangunan baru 100 tingkat yang nyata tertinggi didunia. malangnya Kobe telah dilanda gempabumi sehingga terbantut Jepun membinanya.
Taiwan juga ingin membina bangunan tertinggi tetapi di sebabkan gempabumi di Kobe pihak Taiwan terpaksa mencari kaedah menghadapi gempabumi sehingga tahun 1999 baru dapat membinanya dan siap tahun 2004
Semasa pembinaan Menara Petronas siap tahun 1998 pembinaan bangunan China pun mengalami masalah menbinanya. Inilah yang dikatakan Ketentuan Allah kerana menurut CTBUH jika ada bangunan yang lain melebihi Menara Petronas dalam 2 tahun rekod Menara Petronas dipadamkan dalam guiness book record, dengan ketentuan Allah menara Petronas melepas tahun Millanium(Tahun rekod) dan kekal 6 tahun memegang rekod tertinggi didunia.
Bagi saya Allah akan menentukan rekod penting didunia ini dipegang oleh orang Islam, Jadi tak hairanlah Awang Hitam aka Enrique orang islam, Orang Pertama Mengililingi Dunia.
Luis armstrong tu siapa?
DeleteNeil Armstrong sudah menjelaskan, dengarnya suara azan ni sewaktu dibulan adalah palsu.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2005/09/07/armstrong-recalls-moon-landing
Neil Armstrong juga tidak pernah secara rasminya mengaku memeluk islam.
Terlalu banyak percanggahan maklumat yang hanya berdasarkan sangkaan semata.
Melayu harus lebih baik dari ini.