Nama Panglima Tok Rashid yang berasal dari Sg Daun, Yan, Kedah mula disebut secara umum oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Ahmad pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia dalam mengkisahkan asal usul silat tersebut. Di ceritakan bahawa Tok Rashid telah mempelajari ilmu daripada Panglima Ismail dan turut mengantikannya sebagai Panglima Kanan Negeri Kedah.
"Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid."
petikan dari http://silatcekak.org/persilatan/asalusul.html
Pada satu ketika Tok Rashid merasa terkilan dengan tindakan sultan dalam cara menyelesaikan serangan taun di dalam negeri dan beliau merajuk hati dan keluar dari istana dan membuka 'Kampung Kedah', Kerian, Perak, tanah yang pernah dikurnia sultan dan tinggal di sana sebagai seorang pembuat bendang, pembuat atap rumah dan pencari akar kayu untuk dijadikan adunan ubatan tradisional. Namun begitu, beliau tetap berkhidmat dengan sultan tangkala khidmat hulubalang ini diperlukan. Maka telah dikisahkan Panglima Tok Rashid telah diminta menyelesaikan pertempuran dua kongsi Cina di Kulim dalam pertempuran yang bergelar 'Nyonya Chentek' sekitar 1888.
PENEMUAN 1 :
"Kampung Kedah terletak di dalam daerah Kerian, Perak pada asalnya merupakan jajahan negeri Kedah sehinggalah tahun 1848".
Petikan dari buku Haji Zain bin Abdul Rahman, ms38
Akhirkata :"Kisah Panglima Tok Rashid ini masih banyak harus diterokai dan sudah pastilah masa yang dapat menentukannya. Namun apa pun masih dipercayai bahawa keturunan panglima ini masih ada dan satu hari kisah beliau dapat sama-sama kita teruskan untuk semangat juang bangsa kita sendiri".
Penulis yang mencatat
Arwah moyang juga pernah berkhidmat di istana Anak Bukit (mungkin sebagai hulubalang sebab memakai tanjak Lang Melayang dan sepersalinan istana)dalam era lewat 1800an dan bernama Megat Ahmad, mungkin seangkatan dengan Panglima Tok Rashid...
ReplyDeleteya
Deletesalam, terima kasih atas maklumat... Sekiranya ada maklumat yang boleh membantu dalam mencari kisah dan salasilah hulubalang ini sila emailkan kepada ponpakya@gmail.com
ReplyDeletecuba cari guru utama silat kalimah sekarang..osman bin sidek @ pak guru man poi..dia banyak tau pasal panglima ismail dan panglima tok rashid..cari dia di kg keda,sg layar,sg petani,kedah...
ReplyDeletesaya menyimpan keris panjang bersepuh emas milik Panglima Ismail satu satunya warisan tok semail (panglima Ismail) yang tinggal
ReplyDeletetuan yang menyimpan keris milik panglima ismail.... boleh di hubungi lagi ke untuk perbincangan seterusnya...
Deletemenarik tuan anonymous yg menyimpan keris milk panglima ismail. boleh kita panjang2kan mengenai perkara ini? Tkasih
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt.....tok rasik?itu cerita dari belah ibu saya yg tinggal di nibong tebal,kkerian.....0172797459 hakim
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt.....tok rasik?itu cerita dari belah ibu saya yg tinggal di nibong tebal,kkerian.....0172797459 hakim
ReplyDeleteTok rashid moyang saya...anak tok rashid salah sorang adalah tok darus tokwan abah saya...dpa 3 bradik abah saya cita...arwah tok saya biasa masuk tv temuramah tentang tok rashid
DeleteTok raahid ini katanya anak wan hassan. .sesiapa yang tahu minta, jelaskan. Tok rashid ini keturunan raja mana?.ada hubungan kerabat dekat dengan sultan yang mana?
ReplyDeleteAbah sy cerita abah sy adalah cicit keturunan panglima tok Rashid, panglima Sultan Kedah pada masa dahulu. Berada di Kerian,parit buntar.
ReplyDeleteAbah saya jgk dari keturunan tok rashid..anak tok rashid nama dia tok darus tok wan abah saya...kami duk jalan sempadan kot nk kenal2 adik bradik blh jumpa
DeleteKami duk jalan sempadan parit kasa
Delete