Lagu Perang Musuh Bisik


"Bumi yang kita pijak ini adalah tanah tumpah darah kita... telah sentiasa kekal sebagai Tanah Air yang tercinta... Ada pun mereka-mereka itu telah mengorbankan diri demi mempertahankannya agar anak cucu Bani Jawi terus kekal di sini... Moga-moga kita adalah waris sebenar mereka-mereka itu... para Hulubalang Bani Jawi"
NOTA : Hasrat blog dihasilkan bertujuan untuk mencari maklumat mengenai para hulubalang Melayu dan dihimpunkan di satu halaman supaya mudah dirujuk oleh anak bangsa. Halaman ini dibina sejak pada tahun 2009. Terima kasih pada mereka yang tidak jemu-jemu menulis mengenai para Hulubalang Bani Jawi yang turut dipetik dan dikongsikan di sini.

Datuk Sagor


















Dato' Sagor ialah salah seorang daripada Orang Besar Delapan Perak.


Gelaran penuh ialah Orang Kaya-kaya Seri Agar DiRaja.

Nama sebenarnya ialah Ngah Kamdin bin Radin Lope, keturunan Bugis yang berdarjat Daeng.

Isterinya bernama Toh Lipat.

Ngah Kamdin adalah bapa saudara kepada Menteri Ngah Ibrahim.

Dilahirkan di Kampong Gajah dan berhijrah ke Larut untuk mengusahakan perlombongan bijih timah bersama Ngah Ibrahim.

Beliau dikurnia gelaran Dato' Sagor oleh Sultan Jaafar (Sultan Perak ke-23).

Mengikut Perlembagaan Perak, Dato' Sagor memerintah wilayah tebing Sungai Perak dari Kampong Gajah ke Pulau Tiga.

Kuasanya ialah mengawal hal ehwal istana, pembinaan istana dan kapal-kapal yang dinaiki oleh Sultan.

Dato' Sagor tergolong dalam kelima-lima hulubalang Negeri Perak termasuk Seri Adika Raja, Panglima Kinta, Panglima Bukit Gantang dan Dato' Maharaja Lela (R.J. Wilkinson, "Papers on Malay Subjects").

Menandatangani Perjanjian Pangkor bersama-sama dengan Sultan, Pembesar-Pembesar Perak dan British di atas kapal HMS Pluto pada tahun 10 Januari 1874.

Mesyuarat di Durian Sebatang pada 28 Oktober 1875 mencapai keputusan bahawa JWW Birch, Residen British Perak yang pertama akan dibunuh apabila tiba di Pasir Salak.

Dato' Sagor menolak arahan membersihkan jalan ke Bukit Tunggal, Kampong Gajah untuk mengibarkan bendera British di puncak bukit itu dan membina balai.

Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela mengetuai misi membunuh JWW Birch yang mandi di Sungai Perak berdekatan Pasir Salak pada tahun 1875.

Dato' Sagor dihukum dan digantung sampai mati bersama Dato' Maharaja Lela dan Pandak Endut di Matang pada 20 Januari 1877.

petikan sepenuhnya dari : http://www.amir-hamidi.name.my

30 comments:

  1. terima kasih... dr keturunan dato' sagor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pn dr kturunan dato sagor. Keluarga besar haji mohammad perak. Generasi ke-8.

      Delete
    2. sy pn dr kturunan dato' sagor. skrg tinggal kat NS lps moyang sy lari ke sempadan NS-Pahang

      Delete
    3. Sy pun dari keturunan dato sagor anak bongs dato sagor (alang ismail)

      Delete
    4. Sy pula generasi ke-5, dari cabang Uda Bibah

      Delete
  2. makan sebenar ada di bukit gantang,bersebelahan dengan masjid bukit gantang.tok kulup alihkan mayat dato sagor yg ada di matang tu ke bukit gantang,bergantikan batang pisang.takut mayat dato sagor diapa-apakan..oleh org yg tidak bertangungjawab.sekian.

    ReplyDelete
  3. bukan kah makam sebenar berada di ulu dedap,seberang perak?

    ReplyDelete
  4. Inilah kesan dari ketamakkan dan mementingkan diri sendiri orang melayu sehingga menjemput kafir campur tangan demi dapat menjadi raja.Yang akhir nya pahlawan ini di anggap petualang..Sedih betul bila mengikuti kisah nya..Orang melayu sampai sekarang pun tak mau ambil hukum ugama yang betul dan tidak pernah mahu bermuhasabah diri.Selalu bergaduh sesama sendiri akhir nya bangsa sendiri yang jadi korban

    ReplyDelete
  5. Oleh itu marilah kita anak cucu Datok Sagor..meneruskan perjuangannya untuk menegakkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan...drp keturunan Datok Sagor yg ke 6..Supian bin Khalid bin Mat Diah bin Uda Jeboh bin Long Mabu bin Dato' Sagor.....019-6967613

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dr kturunan dato sagor. Moga kita dpt bjumpa ble ada masa. Salam ukhwah.

      Delete
    2. Salam sy cicit kepada lebai jais bin pandak kasim..pandak kasim adalah abg kandung dato sagor telah membawa diri ke bagan datok

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Sy pun dari keturunan dato sagor
      Firdaus bin yahya bin darus bin alang ismail bin dato sagor
      Jika ada any update boleh terus PM ya

      Delete
  6. Islam itu indah...penyelesai segala masalah ummah...mengangkat martabat manusia...penyelamat kehidupan dunia & akhirat...Ikutilah Islam...

    ReplyDelete
  7. salam ukhwah...semoga citer ni bermanfaat utk semua keturunan pahlawan allahyarham dato sagor...wassalam

    ReplyDelete
  8. TERUSKAN PERJUANGAN!!!

    mynameiszainal.blogspot.sg

    ReplyDelete
  9. Kesultanan Perak amat menghormati keturunan Dato Sagor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..nak bertanya..long mabu..bin ke binti tok sagor?

      Delete
    2. Assalam..nak bertanya..long mabu..bin ke binti tok sagor?

      Delete
  10. Assalammualaikum. Ingin bertanya jika ada sesiapa mengetahui usia Dato Sagor pada tahun 1877. Sekian Terima Kaseh.

    ReplyDelete
  11. Kembali kpd Al Quran Dan hadis s.a.w smg Allah merahmati kita semua

    ReplyDelete
  12. Pembetulan nama Sebenar Tok sagor terakhir Ngah Kamdin Ada lah Ngah Kamarudin bin Ngah Matan@ Mata. Bukan Ngah Kamdin bin Raden Lop. bukan berbangsa Bugis tetapi Bangsa Pasai Aceh, mengikut salasilah keluarga ,salasilah asal Tok Nogeh /. Nojah pulau Tiga.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, Saya orang Bukit Gantang, saya Nak bertanya siapa tahu atau kenal pada tahun 30-40hn,Ada seorang bernama Kulop Sato.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah dengar nama ni, macam ada kaitan dengan dato sagor

      Delete
    2. boleh saya dapat nombor telefon tuan

      Delete
  14. Saya salah sorang cicit Dato' Sagor dari belah tok saya Mat Nasib dari Teluk Anson (Intan). Azman S.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dari belah Mat Nasib juga - Che Nah - Fatimah - Azwan

      Delete
  15. Great and I have a nifty provide: How Much House Renovation Cost Philippines house renovation credit

    ReplyDelete